View: 118|Reply: 0
|
Awan debu Chile sampai New Zealand
[Copy link]
|
|
Banyak jadual penerbangan terpaksa dibatalkan\rWELLINGTON: Beberapa penerbangan keluar masuk New Zealand terpaksa dibatalkan semalam selepas awan debu daripada gunung berapi yang meletus di Chile merebak ke ruang udara negara itu. \r\n\n\n\n\r Penerbangan nasional Australia, Qantas Airways, berkata pihaknya membatalkan 22 penerbangan keluar masuk New Zealand dan pulau Tasmania di Australia selain lapan penerbangan dalam pulau selatan New Zealand berikutan debu daripada gunung berapi Cordon Caulle, Chile.\r\r\n\n\n\n\n Pesawat tambang murah Australia Jetstar berkata pihaknya membatalkan penerbangan domestik ke lapangan terbang di pulau selatan.\rPesawat nasional Air New Zealand tidak membatalkan atau menangguhkan sebarang penerbangan tetapi mengalihkan laluan penerbangan dan ketinggian bagi memastikan penerbangan melalui kawasan yang bebas debu, kata jurucakap syarikat Tracy Mills.\rPergerakan awan berdebu boleh merosakkan enjin pesawat dengan teruknya.\rPihak Berkuasa Penerbangan Awam New Zealand berkata kepulan debu boleh menjejaskan tahap perjalanan bagi jet dan pesawat tur-boprop antara 6,000 dan 10,000 meter ketinggian.\r\n\n\n\n\rAgensi itu berkata debu mungkin menjejaskan penerbangan untuk minggu depan.\rPenerbangan di Amerika Selatan seperti di Chile, Argentina, Uruguay dan Brazil tidak dapat meneruskan penerbangan sejak beberapa hari berikutan letusan itu yang bermula pada 4 Jun.\rAmaran dan gangguan penerbangan itu terjadi 14 bulan selepas penerbangan di seluruh Eropah dihentikan selepas letupan gunung berapi Iceland, Eyjafjallajokull.\rRamalan kaji cuaca persendirian WeatherWatch.co.nz berkata semalam debu dari gunung berapi itu bergerak mengikut putaran jam di kelilingi Antartika di ketinggian yang sangat tinggi. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|