CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Parti AK menang besar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Erdogan peroleh 49.9 peratus daripada keseluruhan undi pilihan raya\rANKARA: Parti AK (keadilan dan pembangunan) pimpinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mencapai kemenangan besar bagi penggal ketiga dalam pilihan raya parlimen negara itu, namun kekurangan empat kerusi untuk meminda perlembagaan tanpa perlu berpakat dengan parti lain.\r\n\n\n\n\rErdogan yang berjaya menjadikan ekonomi Turki paling pesat membangun dan mematahkan beberapa cubaan rampasan kuasa tentera, menang kira-kira 49.9 peratus daripada keseluruhan undi dalam pilihan raya semalam, yang paling besar pernah dimenangi parti itu.\r\r\n\n\n\n\nParti AK yang berkuasa sejak 2002, memperoleh kurang empat kerusi daripada majoriti 330 kerusi yang diperlukan untuk meneruskan pindaan perlembagaan tanpa perlu mendapatkan sokongan parti lain.\rKeputusan itu bagaimanapun meningkatkan pasaran kewangan Turki dengan nilai mata wang lira semakin kukuh berbanding dolar, walaupun ia terpaksa berkompromi dengan beberapa parti lain  bagi meminda perlembagaan yang ditulis mengikut undang-undang tentera 30 tahun lalu.\rErdogan ketika menyampaikan ucapan selepas kemenangan partinya, berikrar akan mendapatkan kompromi dengan parti pembangkang dalam usaha itu.\r“Rakyat sudah memberikan mesej bahawa pindaan perlembagaan baru perlu dilakukan melalui rundingan tolak ansur dan bersepadu. Kami juga tidak akan menutup pintu kepada pembangkang, sebaliknya akan mendapatkan pandangan mereka,” katanya.\r\n\n\n\n\rParti AK dalam kempen pilihan raya sebelum ini memberi jaminan untuk meminda perlembagaan dan menjadikannya lebih liberal, bagi menggantikan perlembagaan sedia ada, walaupun Erdogan enggan mengulas lanjut mengenainya.\rParti pembangkang utama, Parti Rakyat Republikan (CHP) menduduki tempat kedua dengan 25.9 peratus undi dan 135 kerusi parlimen, diikuti Parti Tindakan Nasionalis (MHP) yang memperoleh 53 kerusi.\rSelain Parti AK, Parti Demokrasi dan Keamanan Kurdis (BDP) juga mencapai kemenangan besar, apabila calonnya yang bertanding sebagai wakil bebas untuk mendapat sekurang-kurangnya 10 peratus undi, berjaya menambah lagi kerusi daripada 20 kepada 36. – AFP\rINFO: PARTI AK\rParti Adalet ve Kalkinma atau keadilan dan pembangunan ditubuhkan pada 2001.\rMemenangi pilihan raya pertamanya pada 2002 dengan majoriti dua pertiga.\rParti Konservatif yang mempromosikan pasaran yang liberal.\rPindaan perlembagaan yang ditulis di bawah undang-undang tentera 30 tahun lalu menjadi isu utama dalam kempen pilihan raya 2011.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.055134 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list