View: 209|Reply: 0
|
Suspek kes bom Bali ditahan
[Copy link]
|
|
Polis syak lelaki diburu sejak 2002 berkomplot dalam serangan sianida\rJAKARTA: Polis Indonesia menahan seorang suspek pengganas yang diburu sejak 2002 atas peranannya dalam pengeboman Bali yang mengorbankan 202 orang.\r\n\n\n\n\r Jurucakap polis nasional, Brigadier Jeneral Anton Bachrul Alam berkata semalam Heru Kuncoro ditangkap 9 Jun lalu di Pekalongan, sebuah bandar di tengah Jawa.\r\r\n\n\n\n\n Heru adalah antara 16 orang yang ditahan sejak beberapa hari lalu kerana disyaki berkomplot melakukan serangan sianida ke atas polis.\rPelampau di Indonesia semakin meningkatkan sasaran terhadap polis sejak beberapa tahun lalu selepas tindakan keras pasukan keselamatan menjejas keupayaan pengganas untuk melancarkan serangan dalam skala besar.\rSeorang daripada yang ditahan dalam serbuan sianida, Budi Untung Wisesa, mati ketika disoal siasat dan polis berkata bedah siasat menunjukkan dia mati akibat serangan jantung. Media tempatan memetik saudara mara mangsa berkata mereka menemui luka pada kepala Wisesa.\rPolis berkata Kuncoro adalah seorang fasilitator yang membeli peralatan elektronik untuk pengeboman 2002 di pulau pelancongan yang mengorbankan kebanyakan pelancong asing.\r\n\n\n\n\rDia melarikan diri ke Filipina pada 2003 bersama Dulmatin, didakwa dalang dalam pengeboman Bali yang terkorban dalam satu serbuan polis Indonesia tahun lalu.\rKedua-duanya berpakat dengan Umar Patek, seorang lagi suspek pengeboman Bali, untuk mengendalikan satu kem latihan jihad di selatan Filipina. Patek ditahan di Pakistan Januari lalu.\rDua daripada lelaki yang ditahan, dikenal pasti hanya sebagai Faisal dan Juarni, dipercayai orang suruhan Dulmatin dan Patek dan membantu menyeludup senjata dari Filipina ke Indonesia, kata Alam.\rKatanya, kedua-duanya terbabit dalam serangan pengganas ke atas polis di Palu bulan lalu dan dalam satu pengeboman bunuh diri April lalu di Cirebon Jawa Barat yang mencederakan 30 orang dalam sebuah masjid dipenuhi anggota polis. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|