CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Weiner dituduh suruh aktres lucah berbohong

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Ahli Kongres Amerika mahu  Lee tipu mengenai hubungan  online\rNEW YORK: Bekas aktres filem dewasa Amerika Syarikat, Ginger Lee,  berkata anggota Kongres Amerika, Anthony Weiner memintanya berbohong mengenai hubungan \r\n\n\n\ne-mel mereka dengan harapan skandal seks internet membabitkan beliau akan reda dan kemudian dilupakan.\r\rLee yang juga penari bogel, berkata hubungannya dengan anggota Demokrat dari New York itu bermula dengan perbincangan politik membabitkan hak menggugurkan janin dan penjagaan kesihatan, tetapi Weiner sentiasa cuba mengubah topik kepada perbualan berbaur seks.\r\n\n\n\n\n\rPelakon itu, bagaimanapun, berkata dia tidak pernah memberi reaksi kepada kata-kata lucah ahli politik itu.\r“Beliau meminta saya berbohong mengenai perbualan kami. Saya tahu tidak boleh berbohong mengenai Weiner dan menutup sebelah mata di atas kecurangannya. Saya rasa Weiner  patut meletak jawatan kerana beliau berbohong. \r“Beliau berbohong kepada masyarakat dan media selama lebih seminggu, tetapi saya tidak mahu menjadi orang yang menyingkirkannya. Jika beliau tidak mampu bercakap benar mengenai perkara ini, sukar untuk saya mempercayainya dalam perkara lain,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri peguam selebriti Gloria Allred.\rLee bagaimanapun berkata, mereka tidak bertukar-tukar gambar.\rSelama lebih seminggu, Weiner menafikan  beliau ada mengirim gambar dirinya yang hanya memakai seluar pendek kepada seorang wanita di Seattle pada 28 Mei, sebaliknya mendakwa akaun Twitternya digodam.\rBagaimanapun, pada 6 Jun lalu, Weiner mengaku berbohong dan mengesahkan menjalin hubungan dengan sekurang-kurangnya enam wanita yang sebahagiannya berlaku selepas beliau berkahwin.\rWalaupun parti Demokrat dan Republikan menggesa beliau meletak jawatan, Weiner sebaliknya diberi cuti dua minggu bagi membolehkan beliau mendapatkan rawatan profesional di sebuah pusat pemulihan yang tidak dinyatakan.\rSementara itu, Allred berkata, Lee dan Weiner saling mengirim dan membalas, sekurang-kurangnya 100 e-mel sejak Mac, apabila ahli politik itu menghubunginya di Twitter selepas dia menyatakan sokongan terhadapnya.\rBagaimanapun  kebanyakan e-mel terbabit tidak mempunyai unsur seks. \rWeiner merujuk kepada ‘apa yang ada’ pada dirinya dalam beberapa e-mel, seperti kata-kata: “Saya mempunyai keinginan dalam pakaian juga, saya perlu menyerlahkan apa yang ada pada diri saya.” –  Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.297546 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list