CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Presiden Yaman tak akan pulang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Sanaa terus dakwa Ali Abdullah Saleh semakin sihat dan bakal kembali\rRIYADH: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, yang kini dirawat akibat cedera terkena serpihan bom di sini, tidak akan kembali ke negara asalnya, kata seorang pegawai atasan Arab Saudi semalam, bercanggah dengan dakwaan Sanaa beliau akan kembali tidak lama lagi.\r\n\n\n\n\r   “Presiden Yaman itu tidak akan kembali ke Yaman. Belum diputuskan di mana beliau akan tinggal,” kata pegawai itu lagi, jelas memberi bayangan bahawa Saleh mungkin akan meninggalkan Arab Saudi ke negara lain.\r\r\n\n\n\n\n   Pegawai itu tidak menyatakan secara khusus sama ada keputusan untuk tidak kembali ke tanah airnya diambil oleh Saleh sendiri.\rPemimpin veteran itu diterbangkan ke sini 4 Jun lalu menaiki pesawat perubatan Arab Saudi, sehari selepas beliau cedera dalam satu letupan bom di dalam masjid dalam perkarangan kediaman presidennya di Sanaa dan tidak muncul di khalayak ramai sejak itu.\rLaporan berhubung keadaan kesihatan Saleh agak samar-samar, namun Raja Bahrain, Hamad dilaporkan menelefonnya kelmarin, dua hari selepas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, berbual dengannya menerusi telefon.\rSejak ketiadaan Saleh, timbalannya, Abdrabuh Mansur Hadi ditekan hebat pihak tempatan dan antarabangsa supaya mendengar tuntutan penunjuk perasaan menubuhkan majlis pemerintahan sementara, langkah yang akan menghalang Saleh  berkuasa semula.\r\n\n\n\n\rRabu lalu, Hadi bertemu wakil belia yang menuntut penggulingan Saleh sejak Januari lalu. Mereka mendesaknya memberi pendirian jelas berhubung tuntutan mereka dan memberinya tempoh dua minggu untuk memberi jawapan.\rPertemuan itu diikuti rundingan antara Hadi dan pembangkang Parlimen apabila mereka bersetuju menenangkan keadaan sebagai langkah pertama ke arah memulihkan proses politik.\rWashington mengalu-alukan rundingan Hadi dengan pembangkang Saleh, yang menjadi sekutu utama Amerika Syarikat dalam perang ke atas al-Qaeda.\r“Kami gembira dengan perkembangan bahawa Hadi sudah memulakan dialog dengan pembangkang dan mengadakan beberapa rundingan,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Victoria Nuland.\r“Seperti   anda tahu, kami percaya tiada masa perlu dibazirkan untuk bergerak ke arah masa depan demokratik yang berhak dinikmati Yaman.”\rIsnin lalu, penunjuk perasaan memberi Hadi tempoh 24 jam untuk mengisytiharkan pendiriannya berhubung gesaan mereka supaya beliau menyertai majlis dicadangkan bagi mengetuai negara itu secara maksimum sembilan bulan. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.190018 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list