View: 114|Reply: 0
|
Fragmen: Antara pendapat, andaian dan kehendak penonton
[Copy link]
|
|
BUKAN mudah buat filem di Malaysia. Bukan sekadar menghadapi masalah modal, tetapi paling berat bagi kalangan karyawan filem kita adalah menangani persepsi masyarakat yang sangat sukar untuk diramal.\rMenerbitkan filem di negara kita juga masih tertakluk kepada undang-undang. Selain undang-undang yang tertakluk di bawah Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), sesebuah filem tempatan juga terikat dengan undang-undang berkaitan dengan hasutan dan fitnah. \r\n\n\n\n\rBagaimanapun, secara umumnya karyawan filem kita masih lagi bebas berkarya. \r\r\n\n\n\n\nTidak dinafikan kerajaan, khususnya LPFM iaitu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), ada kalanya bertolak ansur dengan karyawan filem kita. Bahkan sejak kebelakangan ini, LPFM bolehlah dianggap agak berlembut sehingga lahirlah banyak filem yang mengetengahkan cerita seram atau sedikit keganasan iaitu cerita mengenai kumpulan samseng atau gangster. \rPengarah dan penerbit filem kini menjadikan filem sebagai satu komoditi iaitu perdagangan. Sejumlah wang dilaburkan untuk menerbitkan filem, iaitu purata RM1.5 juta hingga RM3 juta. Setiap wang yang dilaburkan sudah tentu diharap memberi pulangan yang setimpal. \rUntung atau rugi sesebuah filem bergantung kepada berapa ramai penonton yang datang menonton filem. Dalam erti kata lain, berniaga filem adalah berniaga cerita. Cerita yang bagaimana disukai oleh penonton? Ini adalah persoalan yang sangat subjektif. Ada yang suka komedi, aksi, seram, percintaan, drama dan sebagainya. Setiap cita rasa itu bergantung kepada kumpulan umur penonton.\rBagi kumpulan umur remaja, muda dan belia, mungkin mereka suka melihat filem bercorak komedi, seram atau gabungan seram dan komedi. Filem seperti ini kemungkinan tidak sesuai atau tidak memenuhi selera penonton yang sudah berumur atau kumpulan umur kelas pertengahan. \r\n\n\n\n\rBagi kumpulan umur seperti ini, mereka pula berpendapat filem yang sesuai adalah bercorak kekeluargaan dan mungkin keagamaan. Kumpulan penonton yang sudah berumur pula berpendapat filem aksi yang memaparkan kisah orang bertumbuk, berbalas tembak, bergaduh, kejar mengejar di jalan raya dianggap sebagai cerita ganas. Sebaliknya bagi orang muda pula, menonton cerita bercorak drama atau kekeluargaan pula dianggap sebagai membosankan. \rHari ini juga, ramai yang boleh mengeluarkan pendapat mengenai filem kita, filem tempatan. Daripada kalangan ahli akademik sehinggalah tokoh agama atau pemimpin masyarakat serta pertubuhan sosial. Kita tidak meragui pendapat mereka. Tetapi apabila membaca pendapat yang dikemukakan itu, kebanyakannya berbentuk andaian dan agak-agak saja. \rSesetengah daripada mereka yang menyatakan pendapat ini, bukan saja tidak pernah menonton wayang atau filem, bahkan ada yang tidak pernah langsung menjejakkan kaki ke mana-mana panggung wayang. Kita teringat lagi bagaimana Rosyam Nor ketika mengendalikan program bual bicara Fenomena Seni, ada seorang penonton begitu hebat ‘mengutuk’ dan mengkritik filem tempatan. \rTapi apabila Rosyam bertanya bilakah kali terakhir penonton itu menonton wayang tempatan, dia menjawab, sudah lama iaitu sudah lebih 15 tahun tidak tengok filem dan tidak pernah masuk panggung dalam tempoh itu. \rSetakat yang kita tahu, belum ada mana-mana filem tempatan yang kita boleh anggap sebagai menampilkan cerita sangat keterlaluan atau melampau batas. Kalau ada sekalipun, sudah tentu tidak mudah dilepaskan oleh LPFM. \rHari ini, secara kebetulan banyak filem bercorak seram ditayangkan. Ia sebenarnya hanyalah mengikut trend atau aliran. Memang tidak dinafikan ada sesetengah cerita seram itu sangat mengarut. Bagaimanapun, penonton kita bukanlah cetek pemikiran sehingga tidak boleh mempertimbangkan apa yang buruk, apa yang baik. \rKalau penonton kita boleh menerima cerita seram yang lebih dahsyat daripada luar negara seperti dari Thailand, Korea, Indonesia dan Hollywood, kenapa kita jadi cepat melatah apabila menonton cerita seram terbitan tempatan? Bukan satu, bukan juga dua, tetapi entah berapa banyak filem seram dari luar negara yang ditayangkan di negara kita. Kesemuanya memaparkan unsur syirik dan tahyul. \rFilem seram daripada Thailand dan Indonesia, misalnya, mesti ada elemen sihir, syirik dan tahyul. Namun, penonton kita boleh menerimanya dan berfikiran itu adalah budaya dalam masyarakat kita. \rBagi kita seram atau takut adalah antara perasaan dalam jiwa manusia. Tanpa menonton filem atau drama seram, perasaan seram atau takut tetap ada. Berjalan sendirian menuju ke tempat letak kereta pada waktu malam, tidak semena-mena boleh menjadi seram. Memandu seorang diri di tempat yang sunyi, juga boleh meremangkan bulu roma. Adakah ia kena mengena dengan filem seram? \rMasyarakat juga mengambil jalan mudah apabila terus menuding filem sebagai punca gejala sosial seperti bohsia, mat rempit dan gangster. Sekali lagi, ia bersifat andaian. Pada hal semua itu sudah berlaku sebelum sesebuah filem diterbitkan.\rMemanglah apa-apa filem atau cerita yang hendak ditayangkan mesti dipantau dan ditapis supaya tidak memaparkan aksi, adegan dan babak yang keterlaluan dan melampau. Bukan sekadar cerita yang ada unsur seram, ganas, syirik atau tahyul tetapi juga untuk memastikan setiap cerita itu tidak ada elemen yang mengganggu gugat keharmonian negara. \rDalam konteks ini, karyawan filem kita sebenarnya sudah mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan daripada menghasilkan filem sensitif. Setiap karyawan filem kita menghasilkan sesuatu karya itu dengan matlamat untuk hiburan. Dan di sebalik hiburan itu diselitkan sedikit elemen pengajaran. \rPastinya pengajaran itu ialah kalau buat baik dibalas baik, tetapi kalau buat jahat akan dibalas dengan kejahatan. Belum ada filem kita, malahan filem Hollywood sekalipun, seseorang penjahat diangkat sebagai hero, sebaliknya penjahat tetap tewas juga akhirnya. Kalau mereka melakukan keganasan, maka mereka juga akan tewas dengan cara yang ganas. \rGolongan akademi, pertubuhan masyarakat boleh membuat kajian secara ilmiah, berbentuk akademi dengan pengkaji itu sendiri harus menonton setiap filem yang ditayangkan untuk mengetahui sejauh filem itu memberi kesan sosial. Selepas menonton, barulah membuat kaji selidik dengan menemubual orang ramai, selain mencari beberapa kes yang dibuktikan berpunca daripada pengaruh filem. \rKajian seperti itu penting, sekurang-kurangnya dijadikan garis panduan dan peringatan kepada karyawan filem kita supaya lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan filem atau karya masing-masing.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|