View: 133|Reply: 0
|
Kelab taat suami kini di Indonesia
[Copy link]
|
|
Ulama harap tidak dieksploitasi\rJAKARTA: Sebuah kelab baru di Indonesia bertujuan menggalakkan golongan wanita supaya taat dan patuh kepada suami mereka mencetuskan kritikan daripada kumpulan aktivis.\r\n\n\n\n\rPemimpin ‘Klub Taat Suami,’ Gina Puspita, berkata kumpulan yang baru dibentuk itu kini mempunyai 300 ahli di beberapa bandaraya di Indonesia.\r\r\n\n\n\n\nSeorang ahli suruhanjaya hak wanita, Husein Muhammad, semalam berkata kelab yang diasas kumpulan Global Ikhwan yang berasal dari Malaysia itu tidak akan mendapat sokongan di Indonesia.\rKelab terbabit dilancarkan kelmarin dalam satu majlis yang diadakan di Jakarta dan dihadiri 50 wanita dan suami mereka.\rSementara itu INILAH.COM melaporkan ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Bahagian Budaya, A Cholil Ridwan, menasihatkan supaya kelab terbabit tidak dieksploitasi.\r“Jangan dijadikan bahan untuk dieksploitasi. Lebih-lebih lagi seperti ada anugerah penghargaan,” katanya.\rKatanya, adalah wajar sekiranya kelab terbabit tidak menjadikan poligami sebagai satu masalah. Ini kerana poligami adalah sebahagian daripada syariah Islam.\r“Selain itu isteri mentaati suami adalah suatu kewajipan. Tetapi isteri boleh mentaati suami jika suami mereka juga taat kepada Allah. Tidak ada masalah. \rIsteri taat pada suami tetapi suami harus taat kepada Allah,” katanya.\rPembentukan kelab itu di Indonesia bertujuan untuk mengembalikan fikiran golongan hawa yang kebelakangan ini cenderung menjauhi ajaran Islam.\rSementara itu, Gina berkata kumpulan isteri yang sudah maklum mereka dimadukan suami masing-masing sengaja dibentuk untuk memberi kefahaman mengenai pentingnya menjadi isteri soleh bagi seseorang muslimat. – AP/Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|