CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Pengalaman baru Federer

[Copy link]
Post time 25-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Terpaksa bermain di bawah bumbung tenis WimbledonWIMBLEDON: Selepas merangkul enam gelaran di Kelab All England, Roger Federer mengalami pengalaman baru di gelanggang utama.\rJuara 16 kali Grand Slam terpaksa bermain di bawah bumbung ketika saingan Wimbledon sekali lagi ditimpa hujan, dan dia mudah mencatat kemenangan ke atas Adrian Mannarino dari Perancis 6-2, 6-3, 6-2 kelmarin untuk layak ke pusingan ketiga.\r\n\n\n\n\r   “Ia sangat bagus,” kata Federer berkenaan perlawanan di dalam dewan. “Dari mula sampai akhir, keadaannya sama saja walaupun keadaan di luar semakin gelap. Terasa seperti bermain di luar.”\r\r\n\n\n\n\n   Bumbung boleh laras itu dipasang sebelum kejohanan 2009, dan jarang digunakan sehingga minggu ini. Namun ia telah digunakan untuk sekurang-kurangnya untuk sebahagian tiga daripada empat hari kejohanan tahun ini.\rBeberapa minit selepas keluar daripada gelanggang rumput, Federer terus memuji suasana kejohanan dan peminat. “Suasana cukup menakjubkan kerana mereka sudah menyaksikan perlawanan hebat sebelum ini, dan saya tidak tahu sejauh mana mereka dapat bertahan. Tetapi mereka membuktikan sekali lagi kehebatan sebagai peminat yang membuatkan saya gembira bermain di sini,” kata Federer.\r“Saya terharu apabila menerima tepukan gemuruh setiap kali.” Pada pusingan ketiga, Federer akan berdepan naib juara 2002, David Nalbandian yang tidak asing lagi bagi jaguh dari Switzerland itu. Kali pertama mereka bertemu ialah di final kejohanan remaja Terbuka AS 1998 dengan pemain dari Argentina itu menang straight set.\rPemain pilihan kelima, Robin Soderling turut mencatat kemenangan di gelanggang utama, selepas bertarung lima set dengan juara Wimbledon 2002, Lleyton Hewitt, manakala juara Terbuka Perancis, Li Na tersingkir di tangan pemain wild card Jerman, Sabine Lisicki. Di gelanggang lain, juara empat kali Serena Williams dan Nocak Djokovic juga melangkah ke pusingan seterusnya.\r\n\n\n\n\rSementara itu Li Na yang dikejutkan pemain ranking ke-62, Lisicki berkata, tuah tidak menyebelahinya kali ini selepas tewas 6-3, 4-6, 6-8. “Tidak ada apa yang silap, cuma tidak bernasib baik,” kata pemain dari China itu yang merakam sejarah sebagai juara major pertama negaranya. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040813 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list