CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Lynas pastikan industri selamat

[Copy link]
Post time 27-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Gagal salur maklumat terperinci punca tentangan \rLYNAS Corporation Ltd, dari Australia, yang terjebak dalam keadaan kontroversi berhubung cadangan pembinaan kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang, menyatakan ia mahu menjadi penyumbang positif kepada komuniti dan bukan dilihat sebagai datang ke negara ini dan merosakkannya.\r\n\n\n\n\rPengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis, yang tidak menjangka tentangan lebih besar daripada jangkaan, memberitahu  beliau menyambut baik teguran membina pihak yang bimbang mengenai isu itu kerana terdapat terlalu banyak penyebaran maklumat  salah.\r\r\n\n\n\n\nDilaporkan  kontroversi pembinaan kilang oksida nadir bumi bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd di Estet Perindustrian Gebeng, itu sudah mencetuskan dakwaan ia akan mengeluarkan radiasi  membahayakan kesihatan orang ramai.\rCurtis bersetuju Lynas gagal menyalurkan maklumat secara aktif kepada komuniti.\r“Saya rasa saya juga bertanggungjawab kerana tidak cukup menjelaskan kedudukan kami. Kami ingat kami sudah melakukan yang mencukupi untuk meredakan tentangan dengan memberikan penjelasan kepada pihak berkuasa,” katanya.\rKatanya, kerajaan sudah bertindak secara bertanggungjawab dengan tidak bertolak ansur mengenai isu kesihatan dan keselamatan.\r\n\n\n\n\rKatanya, perniagaan nadir bumi sebenar adalah sangat baik bagi masa depan kerana ia menjurus kepada pengeluaran bahan bagi penggunaan sains dan teknologi,  termasuk teknologi hijau dan adalah industri  baik bagi Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020.\rDifahamkan  nadir bumi  elemen utama dalam peralatan teknologi canggih termasuk pengubah pemangkin, turbin angin, bateri kereta hibrid, pemacu cakera, telefon mudah alih dan paparan skrin rata.\rJusteru, perniagaan sebenarnya mempunyai potensi  besar untuk menjadi satu wadah bagi mewujudkan rantaian nilai masa depan bagi membina kluster industri bernilai tambah  di negara ini.\r“Wujud peluang menarik bagi membina satu kluster industri berteknologi tinggi seperti automotif, elektronik yang sejajar dengan pelan 2020,” kata Curtis.\r“Kami memilih untuk datang ke Malaysia. Kami sudah membuat pilihan mengkaji tapak di Australia dan juga tempat lain seperti China. Oleh kerana kami aktif dalam perniagaan global, kami memilih Malaysia kerana infrastrukturnya sudah lengkap dibangunkan dan peraturannya  jelas,” katanya.\rCurtis berkata, standard Malaysia dikenali sebagai paling ketat di dunia yang memerlukan satu lesen bagi sebarang bahan yang mempunyai sebarang paras radiasi.\rSyarikat itu juga memilih untuk datang ke Malaysia walau pun mengetahui reaksi komunitinya terhadap insiden Asian Rare Earth (ARE) Bukit Merah pada awal 1990-an.\rSyarikat itu sebelum ini menekankan  bahan mentah yang akan diperolehnya dari Mount Weld di Australia tidak sama berbanding diproses di Bukit Merah.\rAmang yang diproses di Bukit Merah mengandungi paras tinggi thorium, yang menjadi sumber radiasi, manakala Lynas menggunakan bahan mentah  lazimnya mempunyai paras thorium yang rendah, iaitu 50 kali lebih rendah dari amang yang digunakan  ARE.\r“Kami tidak mahu merosakkan komuniti. Kami mahu menjadi penyumbang positif kepada komuniti,” kata Curtis, sambil memastikan bahawa aspek keselamatan sangat dititikberatkan Lynas. – BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.297364 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list