|
Peniaga ambil sikap tunggu dan lihat hasil penyelesaian krisis Greece\rHARGA saham di Bursa Malaysia berjaya menampung semula sebahagian daripada kerugian yang dialaminya ketika ditutup semalam di celah sentimen berhati-hati apabila pasaran serantau utama jatuh kerana kebimbangan di Greek, kata peniaga.\r\n\n\n\n\r Petunjuk pasaran utama FBM KLCI yang dibuka 3.34 mata lebih rendah pada 1,561.32, bergerak antara 1,560.32 dan 1,564.30 sebelum mengakhiri urus niaga pada 1,562.52 atau susut 2.14 mata berbanding penutup Jumaat lalu.\r\r\n\n\n\n\n Peniaga berkata, faktor luaran termasuk kebimbangan berhubung krisis hutang Eropah, diikuti dengan tekanan berterusan harga minyak mentah telah menjejaskan sentimen pelabur di keseluruhan rantau.\r“Pasaran amat lengang kerana menantikan penyelesaian krisis Greece,” katanya.\rPeniaga berkata, sentimen ini dijangka berterusan untuk tempoh beberapa hari akan datang sehingga parlimen Greece mengundi sama ada mahu menerima atau menolak langkah jimat cermat yang dimahukan oleh peminjam antarabangsa sebelum tranche pembiayaan penyelamatan yang akan datang.\rIndeks Kewangan melonjak 51.46 mata kepada 14,666.99 tetapi Indeks Perladangan turun 34.55 mata kepada 7,829.28 dan Indeks Perindustrian pula 6.82 mata lebih rendah pada 2,793.94.\r\n\n\n\n\rIndeks FBM Emas susut 21.311 mata kepada 10,721.3, Indeks Ace FBM jatuh 25.38 mata kepada 4,205.3 dan FBMT100 turun 19.59 mata kepada 10,493.86.\rSaham rugi mengatasi saham untung dengan 433 berbalas 263 sementara 313 kaunter tidak berubah, 455 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.\rJumlah dagangan berkurangan kepada 788.372 juta saham bernilai RM1.337 bilion daripada 1.076 bilion saham bernilai RM1.718 bilion Jumaat lalu.\rDi kalangan saham aktif, Ho Wah Genting menokok dua sen kepada 44 sen dan Ho Wah Genting-waran naik 2.5 sen kepada 32 sen tetapi MAA kerugian satu sen kepada 70 sen sementara Focus Dynamics dan Karambunai, masing-masing tidak berubah pada 5.5 sen dan 19.5 sen.\rDi kalangan yang berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.90, CIMB menokok tujuh sen kepada RM8.75 dan Sime Darby menambah satu sen kepada RM9.20. \rPetronas Chemicals susut tiga sen kepada RM7.04 dan Tenaga pula sembilan sen lebih rendah kepada RM6.66. \rJumlah dagangan di pasaran utama merosot kepada 613.018 juta saham bernilai RM1.307 bilion daripada 794.841 juta saham bernilai RM1.681 bilion Jumaat lalu.\rJumlah dagangan di Pasaran Ace pula turun kepada 134.57 juta unit bernilai RM24.909 juta daripada 229.986 juta unit bernilai RM30.66 juta.\rWaran kerugian kepada 36.853 juta unit bernilai RM4.578 juta daripada 43.781 juta unit bernilai RM5.777 juta.\rProduk pengguna menguasai 38.437 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 178.611 juta, pembinaan 33.190 juta, urus niaga dan perkhidmatan 164.847 juta, teknologi 11.809 juta, infrastruktur 8.496 juta, kewangan 73.763 juta, perhotelan 195,700, hartanah 87.591 juta, perladangan 14.426 juta, perlombongan 8,800, REIT 1.594 juta dan dana tertutup 46,500. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|