View: 217|Reply: 0
|
Dengarnya...: Kak Engku cuti panjang?
[Copy link]
|
|
Dengarnya...: Kak Engku cuti panjang?Oleh Normah Becok2011/06/28\n\n\n\n\n\n\n\nSEORANG kawan sepejabat dari bahagian lain bertanyakan kepada Cik Normah perihal Raja Azura atau Kak Engku yang sekarang sudah lama tidak kedengaran di Sinar FM. Kata kawan Cik Normah itu, adakah Kak Engku sudah diberhentikan, berhenti atau bercuti.\rCik Normah memang ada perasan juga apabila mendengar Sinar FM pada waktu pagi. Akhir-akhir ini hanya suara Krill, SY (Salih Yaacob) dan Didie Alias. Tapi Cik Normah andaikan mungkin Kak Engku sedang bercuti panjang atau sedang membuat penggambaran drama.\r\n\n\n\n\rIyalah, Kak Engku itu pelakon. Bukan penyampai radio saja. Tapi kawan Cik Normah ini musykil juga. \r\r\n\n\n\n\nKalau cuti sekalipun, takkan lama sangat. Katanya, hampir tiga minggu dia tak dengar suara Kak Engku. Si Salih itu yang dikhabarkan membawa semua isterinya makan angin ke Beijing, cuti tak sampai pun dua minggu. Amboi! memang pendengar setia betul kawan Cik Normah ini.\rNanti Cik Normah tanya kat orang kuat di stesen radio itu atau tanya sendiri dengan Kak Engku. Bila kawan Cik Normah tanya macam itu, kadang-kadang kena selidik juga. Manalah tau Kak Engku memang sudah meninggalkan Sinar FM.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|