View: 142|Reply: 0
|
MIGHT pikat pelabur biomas
[Copy link]
|
|
KUMPULAN Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) menyasarkan menarik sehingga enam pelabur luar selepas selesainya proses transformasinya ke peringkat antarabangsa menjelang November ini.\rPresiden dan Ketua Eksekutifnya, Mohd Yusoff Sulaiman berkata, semua pelabur itu adalah di kalangan peserta industri biomas antarabangsa yang sebelum ini pernah mengadakan pertemuan dengan kerajaan bagi meminta Malaysia menyediakan bekalan biomas di pasaran.\r\n\n\n\n\r “Ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) Mei lalu, beliau bertemu dengan beberapa syarikat biomas yang mahu datang ke Malaysia tetapi berdepan masalah memperoleh bekalan biomas di negara ini.\r\r\n\n\n\n\n “MIGHT diberikan tempoh enam bulan menyediakan platform itu, jadi kami menubuhkan syarikat usaha sama dengan syarikat perladangan bagi membawa bekalan biomas ke pasaran dan syarikat ini bersedia meraih kontrak bermula Oktober ini,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan di Kuala Lumpur, semalam.\rMohd Yusoff berkata, sebagai permulaan syarikat bioteknologi antarabangsa itu akan menguji produk biomas keluaran tempatan selama 12 bulan bagi memastikan kesesuaiannya menghasilkan pelbagai produk tambah nilai yang tinggi di pasaran antarabangsa seperti gula dan bahan biokimia.\rKatanya, jika sesuai, syarikat terbabit akan memuktamadkan pelaburan bagi menghasilkannya secara besar-besaran dengan membuka kilang pengeluaran berskala besar di negara ini.\rSementara itu, beliau berkata, program transformasi MIGHT ke peringkat antarabangsa adalah usaha menjadikan syarikat sebagai platform kepada rangkaian global bagi membantu kerajaan dan industri meningkatkan taraf ekonomi dan menarik lebih ramai pelabur luar.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|