CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66|Reply: 0

Orang kampung tolak Abhisit

[Copy link]
Post time 1-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk utara dingin  kempen  pemimpin Parti Demokrat Thailand\rKHON KAEN: Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva terus gagal meraih sokongan di bahagian utara negara Thailand yang menjadi kubu kuat Baju Merah walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menarik sokongan pengundi luar bandar itu.\r\n\n\n\n\rKejayaan Demokrat memperoleh kuasa melalui undi Parlimen dua tahun lalu, nampaknya tidak mengubah ‘nasib malang’ parti itu di sebalik kempen bersungguh-sungguh yang dilakukan.\r\r\n\n\n\n\nHakikat ini terpaksa ditelan calon Demokrat,  Sunton Leeseetuan ketika berkempen untuk mendapatkan undi di  kawasan  beliau dilahirkan, Khon Kaen.\r“Saya bernasib baik mereka tidak melempar telur ke arah saya,” katanya merujuk nasib yang dialami Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban yang dilempar telur ketika berkempen di kawasani kubu kuat Parti Puea Thai.\rKawasan luar bandar di utara dan timur laut Thailand mewakili lebih separuh daripada pengundi di Thailand dan menjadi nadi pergerakan kumpulan Baju Merah.\rKumpulan itu  dianggotai kebanyakan  pekerja, melancarkan tunjuk perasaan jalanan di Bangkok selama dua bulan tahun lalu dalam usaha menggulingkan Demokrat dan Abhisit yang dituduh boneka golongan elit.\r\n\n\n\n\rDi wilayah Khon Kaen, kemarahan pengundi ditujukan terus kepada pemimpin Demokrat. Poster pemimpin tempatan tidak diusik, sebaliknya gambar Abhisit dan Sunton dikoyak, dipotong atau diconteng.\rBaju Merah terus setia kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, pemimpin berkarisma tetapi dipenuhi kontroversi yang disokong berikutan dasar kependudukan termasuk penjagaan kesihatan murah sebelum digulingkan pada 2006.\rKehadiran adik Thaksin Yingluck, sebagai calon pilihan utama pembangkang dengan kemungkinan menang besar, meletakkan Abhisit dan Demokrat dalam keadaan serba tidak kena.\rDalam usaha terdesak meraih sokongan minggu lalu, Abhisit  berkempen di lokasi tunjuk perasaan itu, tindakan yang dilihat penganalisis berisiko tinggi menjauhkan pengundi daripada beliau.\rThaksin  didakwa melakukan rasuah oleh golongan elit, sebaliknya mempunyai cara kepemimpinan disukai golongan petani, jauh berbeza dengan Abhisit yang dianggap lebih sukar didekati dan ‘dingin’.\r“Abhisit dilihat  tidak mesra rakyat. Beliau jelas tidak selesa setiap kali ke sawah padi atau bertemu petani,” kata ahli akademik di Institut Kajian Asia Tenggara di Singapura, Pavin Chachavalpongpun.\rBeliau berkata, pengundi Baju Merah   yang tidak yakin dengan cara pentadbiran Abhisit, semakin hilang kepercayaan terhadap Demokrat selepas tentera menyuraikan tunjuk perasaan mereka tahun lalu, menyebabkan 90  terbunuh. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.060821 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list