View: 260|Reply: 0
|
CEO At University penggerak PKS
[Copy link]
|
|
PROGRAM CEO At University yang diperkenalkan oleh SME Corp adalah antara penyelesaian yang berpotensi menangani senario kekurangan produk perusahaan kecil sederhana (PKS) di peringkat antarabangsa.\rKetua Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim, berkata program itu direka khusus membangunkan modal insan supaya mampu menjana nilai kreativiti dan inovasi dalam menggerakkan perniagaan secara lebih kompetitif.\r\n\n\n\n\r Katanya, program itu yang dihasilkan berpandukan kepada program SME University of Japan telah terbukti berkesan dalam melahirkan usahawan dan perniagaan bertaraf antarabangsa dengan prestasi cemerlang.\r\r\n\n\n\n\n “Di Malaysia, kita bangunkan program ini dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) sebagai penaja. Mereka menyumbangkan RM700,000 untuk menaja fasa pertama program ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan Ekspo Penyelesaian PKS 2011 di Kuala Lumpur semalam.\rFasa pertama program CEO At University yang membabitkan 25 ketua eksekutif (CEO) PKS sudah bermula Sabtu lalu di lima universiti terpilih iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|