View: 112|Reply: 0
|
Pelayar Malaysia sasar kelompok 10 terbaik kejohanan di Eropah
[Copy link]
|
|
SKUAD pelayar Malaysia bertekad meletakkan diri pada kedudukan kelompok 10 terbaik semasa mengharungi lima kejohanan layar di Eropah mulai bulan ini dalam persediaan pusingan kelayakan Sukan Olimpik dan Sukan SEA 2011 di Jakarta, November ini.\rPengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata, pelayar dipilih sedang menjalani latihan di perairan kompleks latihan perahu layar kebangsaan di Langkawi bagi memantapkan persediaan mereka.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata, kejohanan yang bakal disertai ialah ISAF Volvo Remaja Dunia 2011 di Zadar, Croatia mulai 7 hingga 16 Julai, Kejohanan Laser Standard Remaja dan Laser Radial Lelaki Dunia dan Eropah di La Rochelle, Perancis mulai 16 hingga 23 Julai dan Weymouth and Portland International Regatta, Dorsert Britain mulai 31 Julai hingga 13 Ogos ini. \r\r\n\n\n\n\n “Kejohanan lain ialah Kelas 470 Remaja Dunia di Medemblik, Belanda mulai 20 hingga 28 Julai dan Kejohanan Laser Radial Remaja Dunia di La Rochelle, Perancis mulai 24 sehingga 31 Julai,” katanya, semalam.\rBeliau berkata, Khairulnizam Mohd Afendy yang menguasai kategori Laser Standard pada terbuka Melaka baru-baru ini, berazam meraih juara pada Kejohanan ISAF Volvo Remaja bagi membaiki penyertaan tahun lalu yang hanya menduduki tangga ketujuh. - BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|