CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

Jualan Ford lebih kukuh

[Copy link]
Post time 2-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Model baru Mondeo, S-Max jimat petrol  20 peratus\rKENDERAAN Ford kembali mendapat sambutan di pasaran negara ini apabila kira-kira 4,800 unit model jenama itu dijual dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, mengatasi prestasi jualan keseluruhannya tahun lalu sebanyak 2,009 unit.\r\n\n\n\n\r  Malah, pengedarnya Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd yakin jualannya bakal meningkat lebih kukuh dengan pengenalan dua model baru, Mondeo dan kenderaan pelbagai guna (MPV) S-Max.\r\r\n\n\n\n\n“Kedua-dua model ini dilengkapi enjin EcoBoost dan Malaysia menjadi negara Asia pertama menikmati teknologi yang menjanjikan penjimatan petrol sehingga 20 peratus dan pengurangan pelepasan gas karbon dioksida ke udara sebanyak 15 peratus,” kata Pengarah Urusannya, Hazeem Abd Rahman pada pengenalan model berkenaan di Kuala Lumpur, kelmarin.\rHadir sama Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Datuk Lawrence Lee, Pengurus Bahagian Asia Pasifik, Operasi Eksport Ford, David M Westerman dan Ketua Jurutera Program Kejuruteraan Eropah Ford, Dave Filipe.\rSementara itu, Westerman berkata, beliau yakin Ford bakal mengalami pertumbuhan 70 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang di pasaran Malaysia.\rMondeo ditawarkan pada harga atas jalan dengan insurans antara RM180,000 hingga RM185,000, manakala S-Max pula antara RM185,000 hingga RM188,000.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.035565 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list