CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 231|Reply: 0

VADS bangun sistem jimat kos

[Copy link]
Post time 2-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Bina platform perkomputeran awan guna perisian sumber terbuka\rVADS Bhd (VADS), anak syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) mengukuhkan lagi perniagaannya dengan membangunkan sistem perkomputeran awan yang disasarkan kepada firma, sektor kerajaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).\r\n\n\n\n\r  Ini susulan kerjasama syarikat itu dengan MIMOS Bhd untuk membangunkan platform perkomputeran awan dikenali Cloud Computing VADS yang menggunakan perisian sumber terbuka.\r\r\n\n\n\n\n  Perkhidmatan disokong sistem ‘Cloud’ yang dipatenkan itu akan ditawarkan kepada pelanggan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan VADS dan ia dijangka dilancarkan menerusi ujian peringkat beta Ogos ini.\rPerkomputeran awan merujuk kepada penggunaan dan akses pelbagai sumber komputer menerusi rangkaian sambungan Internet atau Rangkaian Akses Luas (WAN).\rPenggunanya boleh mengakses sumber seperti perisian menggunakan komputer, komputer riba, telefon pintar dan pelbagai peranti lain.\rKetua Eksekutif VADS, Ghazali Omar, berkata fasa pertama pembangunan perkhidmatan itu membabitkan pelaburan RM6 juta dan ia kemudiannya akan ditingkatkan menerusi rangkaian protokol Internet (IP) berkelajuan tinggi milik TM.\r\n\n\n\n\rBeliau menambah, perkhidmatan itu akan dikendalikan 14 pusat data VADS di seluruh negara dan diuruskan pangkalan pengguna berskala besar bagi menjamin perkhidmatan terbaik.\rMenerusi sumber terbuka, katanya, pengguna boleh mengguna-kan perisian dalam pelbagai si-stem, sekali gus tidak hanya bergantung kepada satu syarikat pembekal.\r“Perkomputeran awan bukan perkara baru, namun apa yang kami tawarkan berbeza kerana menggunakan sumber terbuka yang dapat menjimatkan kos pengguna ketika mengendalikan sistem itu berbanding sistem sedia ada.\r“Kerjasama dengan MIMOS adalah sebahagian komitmen syarikat membawa perkhidmatan ICT terurus ke tahap yang lebih tinggi dengan menawarkan penyelesaian yang cekap dan boleh dipercayai,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian antara VADS dan MIMOS di Kuala Lumpur, semalam.\rGhazali dan Naib Presiden Perkhidmatan ICT VADS, Zulkapli Mustafa memeterai perjanjian itu bagi pihak VADS manakala MIMOS diwakili Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Wahab Abdullah serta Ketua Operasinya, Abdul Aziz Abdul Kadir.\rIa disaksikan Pengerusi VADS yang juga Ketua Eksekutif TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa dan Pengerusi MIMOS, Datuk Suriah Abdul Rahman.\rMengulas mengenai fasa berikutnya, Ghazali berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa rakan niaga lain untuk membangunkan fasa kedua yang membabitkan perisian dan perkakas.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.068143 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list