CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

Nadal sasar kejuaraan kali ketiga

[Copy link]
Post time 3-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Rafael Nadal menegaskan dia tidak akan terganggu dalam meneruskan perjuangan mencipta sejarah Grand Slam biarpun kehilangan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia kepada Novak Djokovic menjelang pertemuan dengan pemain Serbia itu dalam final Wimbledon, malam ini.\rJuara bertahan, Nadal, yang memenangi 20 perlawanan di Kelab All England, tidak mahu beralah dalam pemburuan kejuaraan ketiganya di Wimbledon yang menjadi fokus dalam pemikirannya ketika ini.\r\n\n\n\n\r   Nadal, juara 2008 dan 2010, bakal membuat penampilan kelima dalam final Wimbledon sementara juara Terbuka Australia, Djokovic, bakal melakukan penampilan sulung bagi perebutan kejuaraan grand slam gelanggang rumput itu.\r\r\n\n\n\n\n   Biarpun peluang kemenangan berpihak kepada pemain pilihan teratas, pemain Sepanyol itu percaya kemenangan tidak semestinya bermaksud dia dapat memperbaharui rekod 16 kali kejuaraan Grand Slam dipegang Roger Federer.\r“Saya percaya nombor itu tidak akan berhenti setakat itu. Roger mempunyai peluang lagi untuk menang. Terus terang, itu bukanlah matlamat saya. Saya gembira dengan 10 pencapaian milik saya,” katanya.\rNadal, yang baru berusia 25 tahun, tidak peduli kehilangan ranking nombor satu dunia kepada Djokovic, yang mendaki ke puncak selepas merekodkan 49 kemenangan dalam 50 perlawanan dimenanginya tahun ini.\r“Bagi saya, matlamat lebih besar ialah terus kekal kompetitif dan sihat. Hari ini saya kehilangan kedudukan nombor satu. Dia (Djokovic) bermain hebat selama setengah tahun ini, jadi dia berhak menjadi pemain nombor satu yang baru,” kata Nadal. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.034607 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list