CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Manipal University

[Copy link]
Post time 4-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Manipal UniversityOleh Basir Zahrombasir@bharian.com.my (Yang mengikuti lawatan ke Manipal University, India, baru-baru ini)2011/07/04\n\n\n\n\n\n\n\nPelajar praktik autonomi manusia guna spesimen mayat sebenar\rPERIBAHASA \'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung\' menjadi pegangan pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian di Manipal University, Karnataka, India.\r\n\n\n\n\r  Segala peraturan serta adat resam masyarakat setempat dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan harian di tempat orang.\r\r\n\n\n\n\n  Peluang itu juga membolehkan masing-masing menambah pengetahuan dengan mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat setempat.\rPelajar tahun dua, Ijazah Perubatan dan Pembedahan (MBBS), Mohamad Asyraf Jamilul Nasir, 21, berkata hidup di Manipal tidak sama berbanding di tempat lain di India kerana populasi pelajar Malaysia di sini besar sekitar 1,000.\rPelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam itu berkata, persekitaran di Manipal membentuk suasana kondusif untuk belajar.  Bandar ini berkembang seiring kemasukan pelajar tempatan dan antarabangsa hingga mampu membentuk bandar dalam universiti itu sendiri.\r“Manipal boleh dilihat sebagai mini Malaysia, selain ramai pelajar tajaan, universiti di sini juga menjadi pilihan lepasan sekolah meneruskan pengajian.\r\n\n\n\n\r“Malah hubungan menerusi pengajian tinggi antara kedua-dua negara mewujudkan kerjasama lebih erat,” katanya ketika ditemui di Manipal, baru-baru ini.\rMuhamad Asyraf berkata, pilihan makanan juga pelbagai, pelajar mudah mendapat sajian nasi lemak, nasi ayam, malah teh tarik juga dijual pada harga berpatutan.\rBagi kemudahan beribadat pula, beliau berkata, masjid yang dibina berhampiran universiti memudahkan pelajar menyempurnakan tanggungjawab walaupun sibuk seharian di dewan kuliah.\r“Perkara paling menarik belajar di sini ialah pensyarahnya sentiasa mengambil berat mengenai pelajaran dan masalah pelajar antarabangsa.\r“Hubungan akrab antara kami diterjemahkan menerusi program ‘mentor mentee’.  Pensyarah akan membantu kami sehingga selesai masalah,” katanya yang turut menganjurkan majlis berbuka puasa ketika menjelang Ramadan selain pertemuan pada Aidilfitri.\rRakannya, Amir Ghadaffi Patawari, 21, juga Pelajar Tahun Satu MBBS, berkata saranan bapanya seorang pakar bedah di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu supaya belajar di Manipal University  ada tujuannya.\rBekas pelajar Ijazah Neurosains University of Otago, New Zealand itu mengakui pengalaman mengikuti pengajian perubatan di University Manipal ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri.\r“Selain infrastruktur perubatan terbaik, kami berpeluang mempelajari autonomi manusia melalui spesimen sebenar mayat yang disediakan makmal di sini.\r“Penting bagi kami untuk belajar menggunakan tubuh sebenar kerana ia memberi gambaran tepat mengesan punca bahagian sesuatu penyakit,” katanya.\rSementara itu, Thong Tze Ying, 21, yang baru tiga bulan berada di Manipal turut berkongsi pengalaman seperti Mohamad Asyraf dan Amir Ghadaffi.\rKatanya, dedikasi pensyarah memberi semangat kepada pelajar untuk terus berusaha lebih keras kerana mereka tidak kisah jika ada yang bertanya mengenai pelajaran selepas waktu kelas.\r“Sistem pengajian di sini komprehensif, pelajar didedahkan dengan teori dan latihan secara seimbang,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.081695 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list