CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

Messi sedih permulaan hambar

[Copy link]
Post time 4-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
LA PLATA: Bintang Argentina, Lionel Messi kurang senang dengan permulaan hambar negara itu di Copa America, selepas sekadar seri 1-1 dengan pasukan kerdil, Bolivia di La Plata, kelmarin.\rBolivia mungkin pernah mengejutkan pasukan Argentina dalam kelayakan Piala Dunia, dua tahun lalu dengan kemenangan 6-1 di La Paz, tetapi perlawanan itu diadakan di tanah tinggi.\r\n\n\n\n\rNamun, dalam perlawanan Copa America itu tiada apa yang boleh dijadikan alasan ketika Edivaldo Rojas hampir memberikan kemenangan pertama Bolivia di bumi Argentina selepas 11 kekalahan, sebelum Sergio Aguero berjaya menyelamatkan mata dengan sepakan voli pada saat akhir.\r\r\n\n\n\n\n\"Pertahanan mereka begitu kukuh, sukar untuk kami mencari ruang,\" kata Messi yang walaupun berstatus wira di Barcelona dengan lebih 50 gol semusim, masih gagal mencapai tahap sebenar apabila menyarung jersi kebangsaan.\r\"Itu bukan sesuatu yang diharapkan dan kami sungguh sedih. Kini kami sedar, kami perlu menang perlawanan berikutnya dalam  kumpulan iaitu menentang Colombia dan Costa Rica,\" katanya.\rSementara itu, Messi berkata Argentina perlu menilai kembali kedudukan mereka dan cuba menggunakan kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan.\r\"Kami perlu tenang. Kami tidak bermula dengan baik seperti diharapkan tetapi kami perlu tingkatkan tahap permainan dalam perlawanan berikutnya,\" katanya. - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.043818 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list