|
Rajagobal rangka strategi baru berdepan Singapura pada 23 Julai\r\"KEKALAHAN ini pasti akan menjadi satu pengajaran besar kepada pemain,\" kata Datuk K Rajagobal merujuk kepada episod duka tewas kepada Taiwan, kelmarin.\r\n\n\n\n\rKini pengendali skuad Harimau Malaya mahu mengalih fokus menjana strategi baru menentang pasukan tetangga, Singapura dalam perlawanan pusingan kedua di negara republik itu pada 23 Julai ini sebelum membuat penentuan dalam perlawanan kedua di gelanggang sendiri pada 28 Julai.\r\r\n\n\n\n\nApa pun, dengan tarikh perlawanan ini, difahamkan skuad Olimpik pimpinan Ong Kim Swee akan menentang Chelsea dalam perlawanan Jelajah EPL pada 21 Julai ini dan bukan skuad senior seperti dijadualkan sebelum ini.\r“Saya mahu menjadikan kekalahan ini pe璶gajaran kepada pemain untuk berdepan ujian lebih besar menentang Singapura,” katanya selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia.\r“Saya pasti kami dapat mempamerkan corak permainan lebih baik pada pusingan kedua nanti.”\rMalaysia tewas 2-3 kepada Taiwan dalam perlawanan kedua, pusingan kedua di Taipei, kelmarin tapi layak ke pusingan berikut de璶gan agregat 4-4. Anehnya, semua gol lawan adalah menerusi sepakan penalti selepas Harimau Malaya mendahului dua kali menerusi Zafuan Abd Radzak dan ketua pasukan, Safiq Rahim.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak mahu menyoal faktor luar se璸erti mutu pengadilan, tetapi dalam kerjaya saya, ini kali pertama tiga penalti dikenakan ke atas pasukan sama dalam tempoh 90 minit, sambil peluang kita mendapat penalti dinafikan,” kata Rajagobal.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|