CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Sharbinee derita tanggung tiga sepakan penalti

[Copy link]
Post time 5-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SATU penyeksaan buat penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee apabila terpaksa berdepan tiga sepakan penalti sepanjang 90 minit permainan pada perlawanan timbal balik pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Taipei, kelmarin.\r“Ini sejarah saya sebagai penjaga gol berdepan tiga penalti dalam 90 minit pertama permainan,” kata penjaga gol Terengganu itu. “Bagaimanapun saya lega kerana kita dapat melangkah ke pusingan seterusnya dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.\r\n\n\n\n\r  “Pada 10 minit terakhir, keadaan agak mencemaskan kerana jika lawan terus mengasak dan memperoleh gol keempat, harapan kita mara ke pusingan kedua akan musnah. Tetapi kemasukan Muslim Ahmad memberi saya keyakinan untuk menamatkan permainan pada kedudukan 2-3.”\r\r\n\n\n\n\n   Skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang berkunjung ke Taiwan dengan bekalan kemenangan 2-1, tewas 3-2 di Taipei selepas pengadil dari Vietnam, Vo Minh Tri menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada tuan rumah dengan dua daripadanya disempurnakan lawan.\rSharbinee yang kembali mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas penjaga gol utama, Fahmi mengalami kecederaan bahu, yakin Harimau Malaya akan bangkit di pusingan kedua nanti.\r“Kita ada tempoh lebih dua minggu untuk memperbaiki kelemahan dan belajar daripada kesilapan, pada pusingan kedua nanti saya yakin persembahan lebih baik akan dipamerkan,” kata Sharbinee yang menyerahkan kepada jurulatih untuk memilih siapa bakal menjaga gawang negara nanti.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.279394 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list