|
BUENOS AIRES: Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), Julio Grondona, kelmarin memuji penyerang Lionel Messi (atas), tetapi mengkritik rakan sepasukannya berikutan keputusan mengecewakan apabila seri dalam perlawanan pembukaan Copa Amerika menentang Bolivia.\rMessi sering dikritik di negaranya kerana gagal mempamerkan aksi hebat seperti dipamerkan ketika beraksi bersama Barcelona apabila bermain dengan pasukan kebangsaan dan media juga mempersoalkan kesetiaannya kepada negara yang dia tinggalkan sejak remaja untuk ke Catalonia.\r\n\n\n\n\r Tetapi Grondona memberitahu Radio Del Plata: “Messi sentiasa beraksi baik, tidak teruk - berbeza dengan apa yang dilakukan orang di sekelilingnya.” \r\r\n\n\n\n\n Jurulatih Sergio Batista membariskan pasukan menyerang untuk menewaskan Bolivia tetapi Messi dan rakan penyerangnya, Carlos Tevez buntu mencari gol dan Sergio Aguero muncul penyelamat dengan jaringan penyamaan di La Plata.\rBuat Grondona, Messi perlu diletakkan di depan.\r“Jika bola tidak sampai ke Messi, dia terpaksa ke belakang untuk mengambilnya,” kata Grondona. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|