CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

UDA tinjau 400 hektar tanah

[Copy link]
Post time 5-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang bagi tingkat  jumlah simpanan \rUDA Holdings Bhd memerlukan sekurang-kurangnya 400 hektar simpanan tanah berskala besar untuk dimajukan sebagai pusat perniagaan dan kediaman dalam tempoh 10 tahun ini bagi menampung pertambahan permintaan Bumiputera.\r\n\n\n\n\r  Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata susulan itu pihaknya kini giat meninjau tanah di kawasan bandar khususnya Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang bagi meningkatkan jumlah simpanannya. \r\r\n\n\n\n\n  Kini, syarikat pembangunan bandar milik kerajaan itu memiliki kira-kira 400 hektar tanah dan dalam tempoh dua tahun, sekurang-kurangnya 40 hektar akan dimajukan bagi projek kediaman dan komersial baru.  \r“Bagaimanapun, senario peningkatan harga hartanah yang kini berlaku, mendorong UDA Holdings untuk lebih menumpukan kepada pembangunan kediaman kelas pertengahan dan ke atas bagi memastikan syarikat terus kompetitif di pasaran. \r“Kami akan terus melaksanakan agenda dalam memelihara kepentingan Bumiputera dalam pembangunan yang dimajukan, pada masa sama meningkatkan pendapatan teras syarikat bagi membolehkan lebih banyak projek dilaksanakan pada masa depan,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.  \rKini, katanya, kira-kira 70 peratus daripada pendapatan UDA Holdings disumbangkan segmen pembangunan hartanah diikuti kira-kira 20 peratus pengurusan hotel dan selebihnya oleh perhotelan.  \r\n\n\n\n\rBeliau berkata, syarikat akan melancarkan 12 projek kediaman dan komersial baru membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM286.9 juta tahun ini, yang dibangunkan menerusi UDA Land.  \rKatanya, ia akan membabitkan pembinaan 549 unit komersial serta kediaman pertengahan dan mewah, sebahagian besarnya dibangunkan di Bandar Tun Hussein Onn, Selangor yang mana hartanah di kawasan itu mendapat permintaan menggalakkan. \rSelain itu, UDA Holdings juga merancang menaik taraf dan membangunkan semula bangunan perniagaan miliknya, iaitu Cahaya Suria, Sinar Kota serta Ancasa Hotel & Spa di Kuala Lumpur bagi memastikan ia kekal berdaya maju. \r“Perkara ini masih dalam perancangan dan kami berharap dalam tahun ini kami dapat mencari rakan kongsi yang sesuai bagi tujuan ini,” katanya. \rPada masa ini, UDA Holdings menguruskan hampir 1.8 juta kaki persegi ruang perniagaan dan pejabat miliknya.    \rDalam pada itu, Nur Jazlan berkata, syarikat mensasarkan meraih pendapatan RM650 juta tahun ini daripada RM488.6 juta dicatatkan tahun lalu, dengan menjangkakan pembangunan hartanah kekal menjadi penyumbang utama kepada peningkatan itu.\rBagaimanapun, katanya, syarikat menjangkakan segmen pengurusan harta menyumbang secara ketara kepada syarikat apabila projek membangunkan semula kawasan Penjara Pudu sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC) dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.179975 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list