CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

MDeC sedia dana RM5j ceburi ICON2

[Copy link]
Post time 5-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mahu negara bangun industri isi kandungan\rMULTIMEDIA Development Corporation (MDeC) memperuntukkan dana bernilai RM5 juta menerusi Program Pembangunan Isi Kandungan Bersepadu MSC Malaysia Kedua (ICON2), bagi merebut peluang perkembangan pesat industri isi kandungan mudah alih global yang dianggar bernilai berbilion ringgit.\r\n\n\n\n\rKetua Eksekutifnya, Datuk Badlisham Ghazali, berkata dana itu akan diagihkan kepada pembangun isi kandungan menerusi tiga program utama menerusi ICON2 iaitu platform ICONapps, ICONdap dan ICONex.\r\r\n\n\n\n\nProgram ICON2 adalah antara komponen utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) sektor komunikasi, isi kandungan dan komunikasi (CCI) menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bermatlamat mewujudkan isi kandungan mudah alih bertaraf dunia dibangunkan dalam negara.\rIa adalah susulan kejayaan program pertama pada 2009 yang menyaksikan 200 pekerjaan dan 14 aplikasi digital dihasilkan.\rBadlisham berkata, ICON2 akan menumpukan kepada aspek teknikal dan kreatif dengan prosedurnya tidak lagi memerlukan pemohon menghantar pelan rancangan perniagaan.\rKatanya, fungsi program kali ini untuk meningkatkan pembentukan isi kandungan serta aplikasi web dan mudah alih menerusi platform diaturkan MDeC.\r\n\n\n\n“Platform ICON memainkan peranan penting dalam mengubah Malaysia daripada sebuah negara yang kebanyakannya menggunakan isi kandungan menjadi negara yang menghasilkan aplikasi itu.\r“Maklum balas positif diterima dan kejayaan program sulung menjadi pencetus pelancaran ICON2. Ia akan terus memacu pertumbuhan industri isi kandungan digital tempatan selain mengekalkan usaha kita untuk menjadi hab ICT global dan serantau,” katanya pada pelancaran program ICON2 di Kuala Lumpur, semalam.\rProgram itu akan dilancarkan esok yang dibuka kepada permohonan secara dalam talian. MDeC menyasarkan 200 peserta akan mendaftar pada program kali ini.\r“Agihan pembiayaan bergantung kepada kualiti dan kuantiti permohonan yang dihantar. Hanya aplikasi yang akhirnya diletakkan dalam talian akan diberi agihan pembiayaan itu,” katanya. \rUntuk menyertai program itu, peserta perlu membayar yuran penyertaan RM500 yang akan dibayar semula apabila aplikasi itu diletakkan dalam talian.\rBeliau menjelaskan, program ICONapps yang dibuka kepada umum dengan pembiayaan sehingga RM10,000 adalah platform latihan untuk membantu bakal pembangun aplikasi sistem operasi Android dan iOS, manakala program ICONdap dengan pembiayaan maksimum RM200,000 pula adalah platform khusus kepada pembangun aplikasi sedia ada yang mahu mengkomersialkan produk masing-masing.\rSementara itu, ICONex adalah kemudahan ‘hosting’ yang cekap dari segi penggunaan kos untuk membolehkan pembangun aplikasi menguruskan ‘bandwidth’ isi kandungan masing-masing dalam talian.\rPeserta yang berminat boleh mula menghantar permohonan masing-masing selepas program itu dilancarkan dan pembiayaannya akan mula diluluskan September ini.\rAplikasi yang dibangunkan itu dijangka diletakkan di dalam talian, sama ada di web atau platform mudah alih pada November ini.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.055335 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list