View: 115|Reply: 0
|
BAM tiada niat sisih Rashid
[Copy link]
|
|
Jurulatih itu sebelum ini terkejut dia tidak disenarai ke Kejohanan Dunia\rPERSATUAN Badminton Malaysia (BAM), semalam menegaskan tidak mempunyai niat menyisihkan Rashid Sidek dalam senarai skuad negara ke Kejohanan Dunia di London dari 8 sehingga 14 Ogos ini.\r\n\n\n\n\r Pengurus Besar BAM, Kenny Goh, berkata berdasarkan perancangan awal, nama ketua jurulatih itu memang tersenarai dalam skuad negara, tetapi selepas memikirkan soal bajet dan hanya Lee Chong Wei seorang yang beraksi dalam acara perseorangan lelaki, nama Rashid kemudian dikeluarkan. \r\r\n\n\n\n\n “Begitupun, selepas mengkaji semula keputusan itu dan mengambil kira faktor Chong Wei yang memburu kejuaraan pertama di kejohanan berprestij itu, selain kepakaran Rashid dalam menganalisis permainan, kami menyenaraikan semula namanya dalam skuad negara ke kejohanan itu,” katanya semalam.\rRashid sebelum ini terkejut apabila namanya tidak tersenarai dalam skuad ke London meskipun dia tersenarai dalam skuad yang akan menyertai latihan pemanas badan menjelang kejohanan itu di Universiti Bath, London pada 27 Julai sehingga 3 Ogos.\rSelepas itu, ketua jurulatih itu dikehendaki pulang ke Kuala Lumpur dengan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) BAM hanya menyenaraikan Tey Seu Bock sebagai jurulatih yang mengiringi Chong Wei ke kejohanan berprestij itu, sambil Rexy Mainaky mengiringi beregu lelaki, Pang Cheh Chang (beregu wanita) dan Jeremy Gan (beregu campuran).\r“Jadi, dengan penjelasan ini saya harap perkara ini tidak dijadikan isu,” kata Kenny.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|