CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

Larissa bersedia bogel sekali lagi

[Copy link]
Post time 5-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Model ulangi tawaran kepada  Paraguay di Copa America\rSANTA FE: Model terkenal Paraguay, Larissa Riquelme berjanji untuk berbogel jika pasukan kebangsaan negaranya menang pertandingan bola sepak Copa America.\r\n\n\n\n\rJelitawan berusia 26 tahun itu dilaporkan sedia beraksi tanpa seurat benang di padang jika Paraguay menjulang piala itu manakala laporan lain mendakwa beliau akan berlari bogel di jalan raya ibu kota Asuncion.\r\r\n\n\n\n\n“Jika Paraguay menang Copa America, saya akan beraksi bogel di padang,” katanya sambil memandang ke aras stadium Brigadier General Estanislao Lopez sebelum perlawanan Paraguay menentang Ecuador.\rModel Amerika Selatan itu membuat janji yang sama ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tetapi Paraguay disingkirkan juara kejohanan iaitu Sepanyol pada peringkat suku akhir.\rMeskipun demikian, Larissa menunaikan janjinya dengan berbogel dalam aksi majalah dewasa selepas pertandingan Piala Dunia itu.\rKali ini, Larissa akan berharap pasukan bimbingan Gerrardo Martino dapat mengulangi kejayaan 1999 apabila menang 3-0 ke atas Brazil sebagai tuan rumah.\r\n\n\n\n\rParaguay berada dalam Kumpulan B bersama Brazil, Venezuela dan Ecuador. Dalam perlawanan pertama, Paraguay hanya mampu seri 0-0 dengan Ecuador.\rJuara bertahan, Brazil juga diikat seri tanpa jaringan oleh Venezuela. Paraguay akan menghadapi Venezuela, Sabtu depan.\rNegara yang menjadi tuan rumah pertandingan, Argentina dilanda cuaca sejuk di bawah kosong Celsius ketika benua Hemisfera Selatan mengalami musim sejuk.\rTetapi, Larissa berusaha bersungguh-sungguh untuk ‘memanaskan’ suasana sebelum perlawanan Paraguay dan Ecuador dengan melayan peminat yang mahu bergambar bersama selain menandatangani autograf di stadium.\rModel itu yang memakai baju tebal sekali sekala menari menunjukkan baju kebangsaan yang dipakainya.\r“Saya rasa kami akan memberi persembahan baik di Copa,” ramal Larissa yang mengaku akan mengikuti semua perlawanan Paraguay. – Agensi\rINFO\rLarissa Mabel Riquelme Frutos atau Larissa Riquelme dilahirkan pada 2 Februari 1985)\rMempunyai kerjaya sebagai aktres di Asuncion serta model yang paling tinggi mendapat bayaran di Paraguay\rSelepas menawarkan untuk berbogel dalam Piala Dunia 2010, akhbar Marca menggelarnya ‘Teman Wanita pilihan di Piala Dunia’.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 1.997701 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list