CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Maaf, saya tak dapat ke Bukit Jalil: Gerrard

[Copy link]
Post time 6-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PEMINAT tanah air yang ghairah menunggu kelibat kapten Liverpool, Steven Gerrard (atas) menentang skuad Harimau Malaya  di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai ini boleh melupakan impian besar itu. \rSemalam, pemain England berusia 31 tahun itu yang sepatutnya berlepas bersama pasukan Ahad ini mengesahkan dia terpaksa menarik diri daripada Jelajah EPL Asia 2011 untuk menyambung program pemulihan di Melwood selepas pembedahan akhir musim lalu.\r\n\n\n\n\r“Saya minta maaf tidak dapat bersama peminat kami di Malaysia dan China,” kata Gerrard kepada laman web kelab (www.liverpoolfc.tv), semalam. “Saya sudah lama menunggu saat kunjungan ke Asia dan bertemu peminat setia secara lebih dekat.”\r\r\n\n\n\n\nSementara itu, pengurus pasukan, Kenny Dalglish turut menyuarakan rasa kecewa dengan perkembangan terbaru itu.\r“Saya pasti peminat Liverpool di rantau ini akan terasa amat kecewa. Tapi kami juga percaya peminat sama akan menghargai kepentingan Steven untuk pulih segera bagi perlawanan EPL (Liga Perdana Inggeris) pertama menentang Sunderland, bulan depan.”\rLiverpool akan menentang kelab Guangdong di China pada 13 Julai sebelum menentang pasukan  Malaysia XI pada 16 Julai. Mereka juga akan berlatih di Singapura dalam kunjungan lapan hari ke Timur Jauh. - Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.041720 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list