CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

DBP usaha cungkil bakat penulis muda

[Copy link]
Post time 6-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
INISIATIF menganjurkan bengkel penulisan memberi peluang generasi muda mencungkil bakat dalam bidang seni terutama dalam penulisan kreatif khususnya genre cerpen.\rUsaha murni Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), berjaya mengumpulkan 100 pelajar sekitar Putrajaya menyertai Bengkel Penulisan Kreatif Tunas Remaja dan Penulisan Remaja, baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r  Bengkel dua hari dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya.  Antara sekolah yang mengambil bahagian termasuklah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alam Shah, SMK Presint 8 (1), SMK Presint 9 (1), SMK Presint 11 (1), SMK Agama Putrajaya serta SMK Presint 16 (1).\r\r\n\n\n\n\n  Peserta dibimbing Pensyarah Jabatan Pengajian Media dari Universiti Malaya, Tuan Norizan Raja Yunus atau lebih dikenali dengan nama penanya, Ana Balqis. \rSeorang pelajar, Muhammad Shafiq Mazlan Abdul Ghani, 17, berkata dia menyertai bengkel berkenaan bagi mengasah bakatnya dalam bidang penulisan cerpen.\r“Minat menulis bermula sejak Tingkatan Dua apabila pelajar senior meminta saya membaca karyanya.  Bacaan itu mendorong saya menghasilkan karya dan mula menghantar cerpen dalam majalah,” katanya yang bercita-cita menjadi akauntan.\rMuhammad Shafiq Mazlan berkata, dia banyak menghasilkan cerpen menjadikan pengalaman hidupnya sebagai jalan cerita dalam karya.\r\n\n\n\n\r“Idea diperoleh daripada pengalaman sendiri lebih mudah diolah, namun saya masih membaca bahan lain untuk mendapatkan lebih banyak gambaran seterusnya menghasilkan karya lebih bermutu,” katanya.\rMuhammad Haikal Hussin, 17, dari SMK Presint 11(1) pula berharap bengkel seumpama itu mampu menarik minat pelajar lelaki mendekatkan diri dalam bidang penulisan cerpen.\r“Tidak ramai pelajar lelaki minat membaca atau menulis kerana mereka lebih terdedah kepada pengaruh muzik mahupun tarian. \r“Oleh itu, melalui bengkel ini, kami dapat membina komuniti dan saling berhubung serta bertukar pandangan mengenai bidang penulisan,” katanya yang mahu bergelar jurutera kimia, suatu hari nanti.\rBagi Fatin Nur Syamimi Jesmani, 17, pula berkata dia mula menulis cerpen selepas mendapat maklum balas positif daripada sahabat serta guru.\r“Banyak manfaat diperoleh dengan adanya bengkel seumpama ini kerana mampu memupuk minat untuk lebih mendalami bidang penulisan. Selain itu, penceramah undangan turut memberi bimbingan memantapkan hasil karya,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055083 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list