CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 155|Reply: 0

AMB lancar Dana Nabeel RM200j

[Copy link]
Post time 7-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Terbuka untuk langganan selama 21 hari, harga tawaran awal 50 sen seunit \rAMANAH Mutual Bhd (AMB), anak syarikat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) semalam melancarkan AMB Dana Nabeel, dana pasaran wang Islam pertama di negara ini dengan bernilai RM200 juta.\r\n\n\n\n\r  Dana amanah berlandaskan syariah itu adalah dana pasaran wang terbuka bersaiz 400 juta unit dengan harga tawaran awal bernilai 50 sen seunit yang ditawarkan untuk langggan dalam tempoh 21 hari bermula semalam. AMB adalah syarikat milik Permodalan Nasional Bhd (PNB).\r\r\n\n\n\n\n  Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata dana Islam yang dikeluarkan AMB itu adalah unik kerana ia juga terbuka untuk langgan syarikat atau badan korporat berbanding diperuntukkan khusus untuk langganan orang awam seperti kelazimannya.\rBeliau berkata, dana itu juga adalah skim ke-17 AMB dan pihaknya berharap unit  ditawarkan itu mendapat langganan baik  pelabur.\r“Ia adalah produk pasaran wang yang menjadi alternatif kepada pelabur yang selama ini hanya menyimpan wang di bank dengan mendapat kadar pulangan yang lebih tinggi,” katanya selepas pelancaran dana berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.\rDana yang menjadikan Kadar Semalamam Bank Islam Mudharabah sebagai penanda aras itu dilancarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Hadir sama, Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.\r\n\n\n\n\rPelabur individu disyaratkan membuat pelaburan awal minimum RM5,000 dan pelaburan tambahan minimum RM1,000 manakala pelabur korporat perlu membuat pelaburan awal minimum RM50,000 dan pelaburan tambahan minimum RM10,000.\rAMB Dana Nabeel boleh dibeli di Ibu Pejabat AMB di Menara PNB, Jalan Tun Razak atau cawangan ASNB, cawangan Maybank, cawangan Bank Rakyat terpilih dan pejabat Apex Investment Services Bhd.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.955132 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list