CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Isteri, anak Osama dilarang keluar Pakistan

[Copy link]
Post time 7-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ISLAMABAD: Sebuah suruhanjaya Pakistan yang menyiasat serbuan Amerika Syarikat mengorbankan Osama bin Laden mengarahkan kerajaan menghalang isteri dan anak pengasas al-Qaeda itu daripada meninggalkan negara itu tanpa kebenaran.\rArahan lewat kelmarin itu dikeluarkan berikutan kebimbangan  agensi perisikan Pakistan (ISI) mungkin mengambil tindakan di luar kawalan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada agensi keselamatan itu  mematuhi arahan suruhanjaya itu.\r\n\n\n\n\r   Tiga isteri Osama dan beberapa orang anaknya ditahan sejak serbuan Amerika pada 2 Mei lalu di kediaman pemimpin militan itu di bandar tentera barat laut Pakistan di Abbottabad. \r\r\n\n\n\n\nSejak beberapa hari kebelakangan ini, pihak berkuasa Pakistan membayangkan mereka mahu menghantar isteri mudanya ke negara asal, Yaman.\rOperasi Amerika menimbulkan kemarahan rakyat Pakistan yang melihatnya sebagai pencabulan kepada kedaulatan negara mereka.  – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.146857 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list