CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

PKNS, Sarawak tetap layak ke Liga Super

[Copy link]
Post time 7-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
JANGAN nafikan hak PKNS dan Sarawak!   Itu pendapat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa  yang mengakui juara dan naib juara Liga Perdana itu perlu diberi hak beraksi dalam Liga Super musim depan tanpa perlu mengharungi perlawanan play-off. \r“Saya berpendapat kita perlu mengekalkan format musim ini musim depan. Kita sudah membuat keputusan dua pasukan tempat teratas Liga Perdana musim ini secara automatik layak ke Liga Super. Jadi, mengapa perlu mengubah keputusan itu.\r\n\n\n\n\r  “Sepatutnya, keputusan penting ini perlu dibuat sekurang-kurangnya satu musim lebih awal bagi membolehkan pasukan bertanding memahaminya, sekali gus tidak menimbulkan kemarahan pasukan yang sudah bertungkus lumus mengesahkan tempat,” katanya di Kota Kinabalu, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Sebelum ini, juara Liga Perdana PKNS dan naib juara Sarawak meluahkan kebimbangan berikutan cadangan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM yang mahu mengurangkan pasukan dalam Liga Super daripada 14 kepada 12 pasukan musim depan.\rPerkembangan itu menimbulkan tanda tanya mengenai jumlah pasukan yang bakal disisihkan ke Liga Perdana termasuk dua tiket untuk ke Liga Super yang kebiasaannya menjadi milik juara dan naib juara Liga Perdana.\rAnnuar yang juga Pengerusi Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) berkata, keputusan akhir mengenainya akan dibincangkan pada mesyuarat Exco FAM akan datang.\r“Saya tidak pasti bila mesyuarat Exco diadakan, tetapi bagi saya kita jangan sesekali menafikan hak PKNS dan Sarawak,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.304647 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list