View: 169|Reply: 0
|
Tujuh atlit Duta Sukan Maxis
[Copy link]
|
|
Hadiah istimewa juga nanti mereka andai raih pingat di Olimpik London\rKECEMERLANGAN atlit negara di peringkat dunia semakin mendapat tumpuan sektor korporat, dengan terbaru tujuh atlit terkemuka negara diberi penghormatan sebagai Duta Sukan Maxis menjelang Sukan Olimpik 2012 London.\r\n\n\n\n\r Diketuai jaguh badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei, pasangan beregu badminton Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, jaguh lumba basikal Azizulhasni Awang, jaguh skuasy Azlan Iskandar serta ratu terjun Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee, bakal menjadi duta produk selama 18 bulan. \r\r\n\n\n\n\n Bukan saja dibekalkan dengan dua telefon mudah alih dan satu peranti tablet pilihan masing-masing, mereka turut menerima gaji bulanan dan bonus prestasi dengan seluruh program dianggar RM2 juta daripada syarikat telekomunikasi itu.\rPengerusi Maxis Berhad, Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, hadiah istimewa juga menanti duta mereka itu andai dapat menghadiahkan pingat di Olimpik London tahun depan.\r“Ini adalah permulaan yang baik bagi memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengejar impian seperti atlit ini,” katanya selepas majlis pelantikan Duta Sukan Maxis yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, semalam. \rSementara itu, Azlan berkata dia rasa dihargai apabila terpilih bersama barisan jaguh atlit elit bertaraf dunia lain. \r\n\n\n\n\r“Biarpun kadang kala saya merasakan skuasy adalah sukan ‘minoriti’ kerana tidak dipertandingkan di Olimpik, kami sebagai pemain skuasy juga ada cuba mengharumkan nama negara di peringkat dunia,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|