|
LONDON: Cesc Fabregas berdepan satu lagi kemelut apabila Barcelona enggan bersetuju terhadap adegan tarik tali dengan Arsenal mengenai perpindahannya.\rFabregas tidak akan menyertai kunjungan Gunners ke Asia kerana kecederaan hamstring berterusan manakala Barca juga menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan membayar 40 juta pound (RM192.84 juta) yang diminta untuk perpindahannya.\r\n\n\n\n\r Sementara itu, Samir Nasri menempah tiket untuk penerbangan ke Kuala Lumpur apabila Arsenal enggan menjual pemain tengah Perancis itu - seperti didedahkan akhbar Mirror. \r\r\n\n\n\n\n Perebutan untuk Fabregas dikhuatiri menjadi lebih buruk dengan bek kanan Barcelona, Dani Alves menambah kehangatan pada kemelut itu.\rAlves memberitahu: “Saya yakin Cesc akan menyertai kami. Arsenal adalah dalam kelas pengembara, Barcelona dalam kelas perniagaan dan mana-mana pemain sekalipun tentunya mahu menyertai kami.”\rPresiden Barcelona, Sandro Rosell semalam mendakwa, Fabregas terdesak untuk berpindah ke Nou Camp dan berkata mereka berazam mendapatkan bekas pemain remaja kelab itu. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|