|
Skuad bintang Batista hambar ketika berdepan BoloviaSANTA FE: Argentina gagal menebus kekecewaan seri dengan Bolivia pada perlawanan pembukaan apabila hanya mampu mencatat satu lagi keputusan seri tanpa jaringan ketika berdepan Colombia semalam, yang sekali gus menjejaskan usaha untuk layak ke suku akhir Copa America.\rSekali lagi, walaupun hebat di atas kertas kerana memliki ramai pemain hebat di jentera serangan diterajui Lionel Messi dan Carlos Tevez, Argentina gagal menyerlah dalam perlawanan antarabangsa pertamanya di bandaraya timur laut negara itu, Santa Fe.\r\n\n\n\n\r “Mereka lawan yang sukar, mereka tahu bagaimana hendak mengawal kami,” kata Tevez selepas perlawanan itu.\r\r\n\n\n\n\n “Keadaan tidak menepati seperti apa yang kami kehendaki buat masa ini,” kata jurulatih Argentina, Sergio Batista, yang menggantikan Diego Maradona selepas Piala Dunia Afrika Selatan tahun lalu.\rNamun, katanya dia masih tidak akan melakukan rombakan besar untuk menghadapi perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Costa Rica, sambil mengekalkan pendiriannya yakin terhadap anak buahnya.\r“Kami ada satu perlawanan menentang Costa Rica dan jika menang, kami mempunyai lima mata dan layak ke pusingan berikutnya. Kami perlu kekal bertenang,” tegas Batista sambil menambah dia faham kekecewaan dirasai penyokong ekoran permulaan kurang memberangsangkan itu.\rRakan sejawatnya dalam pasukan Colombia, Hernan Dario Gomez berkata, dia yakin dengan kemampuan pasukannya.\r\n\n\n\n\r“Melihat kepada prestasi agak baik ketika ini, saya rasa kami sedang membina asas untuk kelayakan Piala Dunia 2014,” kata Gomez yang tetap menganggap Argentina sebagai sebuah pasukan sangat berkeupayaan yang mencabar kejuaraan Copa kali ini. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|