CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Tokyo susut

[Copy link]
Post time 8-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SAHAM Asia ditutup bercampur-campur semalam susulan langkah China menaikkan kadar faedah untuk kali kelima dalam lapan bulan, manakala Tokyo susut selepas kerajaannya mengumumkan ‘ujian tekanan’ baru ke atas reaktor atomnya.\rBank pusat China menaikkan kadar pinjaman sebanyak 25 mata asas dalam usaha terbaru menangani tekanan inflasi.\r\n\n\n\n\r   Beijing, yang menyuarakan kebimbangan kenaikan harga pengguna boleh mencetuskan pergolakan sosial, sebelum ini meletakkan sasaran kadar inflasi sekitar empat peratus setahun tetapi data menunjukkan ia mencecah paras tertinggi tiga tahun pada 5.5 peratus pada Mei.\r\r\n\n\n\n\n   Shanghai susut 0.58 peratus, atau 16.21 mata, kepada 2,794.27 dan Tokyo susut 0.11 peratus, atau 11.34 mata, kepada 10,071.14.\rHong Kong hampir mendatar, naik sedikit 12.63 mata kepada 22,530.18 manakala Sydney juga mendatar, menambah 0.5 mata kepada 4,605.5.\rSeoul ditutup 0.43 peratus, atau 9.40 mata, lebih tinggi pada 2,180.59.\rWujud kebimbangan kenaikan kadar faedah berkemungkinan akan membantutkan pertumbuhan ekonomi China dan memberikan kesan kepada ekonomi dunia lain yang bergantung kepada eksport ke negara itu, seperti Australia.\rDi Tokyo, Nikkei ditutup lebih rendah selepas mencecah penutup tertinggi sejak 11 Mac apabila gempa bumi melanda timur laut Jepun, menggegarkan pasaran global .\r“Nikkei menghampiri paras sebelum gempa bumi, sekali gus menunjukkan pasaran kembali sihat ,” kata Hideyuki Ishiguro, Ahli Strategi Pelaburan Okasan Securities.\rBagaimanapun, pasaran kembali susut selepas kerajaan mengumumkan ia akan mengadakan ‘ujian tekanan’ ke atas semua reaktor nuklearnya.\rKetidaktentuan muncul kembali susulan kerajaan negara itu kelihatan beralih haluan,  yang sebelum ini mengumumkan semua loji nuklear sebagai selamat, kata Kazuhiro Takahashi, Pengurus Besar dan penyelidik di Daiwa Securities.\rEuro mencecah AS$1.4311 di dagangan Eropah berbanding AS$1.4314 di New York lewat Rabu apabila ia berhadapan tekanan jualan susulan kebimbangan krisis di Greece dan Portugis akan merebak. Euro berada pada 1.4450 di Asia Rabu.\rEuro juga diniagakan pada 15.85 daripada 115.88 manakala dolar AS menokok 80.93 yen daripada 80.88 yen.\rKontrak utama New York, West Texas Intermediate, bagi penghantaran Ogos menokok 75 cent kepada AS$97.40 setong dan minyak mentah Laut Utara Brent bagi penghantaran Ogos menokok 55 cent kepada AS$114.17.\rEmas ditutup pada AS$1,530.80-AS$1,531.80 seaun di Hong Kong, meningkat daripada AS$1,516.00-AS$1,517.00 pada penutup Rabu.\rDi pasaran lain, Singapura naik 0.36 peratus, atau 11.16 mata, kepada 3,125.87.\rTaipei jatuh 0.58 peratus, atau 51.02 mata, kepada 8,773.42.\rManila ditutup 0.52 peratus, atau 22.90 mata, lebih rendah pada 4,375.85.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.738117 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list