CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

Kenaikan nisbah rizab langkah kawal tunai

[Copy link]
Post time 9-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Aliran masuk dana terlalu tinggi naikkan unjuran inflasiKEPUTUSAN Bank Negara Malaysia menaikkan nisbah keperluan rizab berkanun (SRR) bank kepada empat peratus dilihat sebagai antara langkah awalnya untuk mengawal jumlah tunai yang tinggi di dalam negara berikutan aliran masuk modal asing spekulatif, serta menangani kenaikan keterlaluan harga aset dan barangan pengguna.\rAliran masuk dana asing khususnya modal asing bersifat spekulatif jangka pendek yang tinggi bukan hanya akan menyebabkan ketidakstabilan sistem kewangan negara, malah akan melonjakkan harga aset dan merangsang perbelanjaan pengguna, sekali gus meningkatkan tekanan inflasi.\r\n\n\n\n\rAhli Ekonomi MIDF Research, Anthony Dass, berkata aliran masuk modal asing masih  tinggi seperti digambarkan pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta kedudukan rizab yang semakin meningkat.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata, aliran masuk bersih pelaburan portfolio asing jangka pendek antara suku ketiga 2009 hingga suku pertama 2011 ialah sebanyak RM79.7 bilion, manakala jumlah tunai dalam pasaran meningkat dua angka sebanyak 13.1 peratus pada Mei lalu.\r“Langkah menaikkan SRR sebanyak satu peratus   mengurangkan tunai antara RM7 bilion hingga RM8 bilion daripada sistem perbankan.\r“Ini akan mengurangkan sedikit tekanan daripada inflasi tolakan permintaan,” katanya dalam nota penyelidikan bank pelaburan itu di Kuala Lumpur, semalam.\rBank Negara pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) kelmarin, menaikkan kadar SRR, nisbah daripada deposit yang terpaksa diketepikan oleh bank tempatan, kepada empat peratus iaitu 0.5 peratus lebih tinggi berbanding kadar sebelum krisis kewangan Amerika Syarikat 2008.\r\n\n\n\n\rIa mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), iaitu penanda aras bagi penetapan kadar faedah bank pada kadar tiga peratus.\rDass berkata, jika langkah menaikkan SRR itu gagal menyerap kecairan, pihaknya menjangka Bank Negara akan memperkenalkan kaedah kawalan modal secara berpilih bagi membendungnya.\r“Aliran masuk dana itu yang terlalu tinggi akan melonjakkan harga aset dan merangsang perbelanjaan pengguna. Perkara itu akan meningkatkan unjuran inflasi seterusnya kadar faedah,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 1.064090 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list