View: 275|Reply: 0
|
MTM dapat pengiktirafan Sirim
[Copy link]
|
|
Pensijilan IMS perkukuh kedudukan syarikat tembusi pasaran eksportMALAYSIA Transformer Manufacturing Sdn Bhd (MTM), syarikat teknikal milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang menerima anugerah Frost & Sullivan bagi kategori Teknologi Perindustrian Asia Tenggara 2009, kini berada di kedudukan lebih kukuh menembusi pasaran eksport.\rPengerusinya, Datuk Sri Abdul Rashid Abdullah, berkata ia berikutan kejayaan syarikat itu meraih Pensijilan Sistem Pengurusan Bersepadu (IMS) daripada Sirim QAS International Sdn Bhd, yang memberikannya pengiktirafan antarabangsa. \r\n\n\n\n\r Ia membabitkan aspek kecemerlangan pengurusan kualiti, persekitaran dan keselamatan menepati standard ISO9001:2008, ISO140012004 dan OSHAS18001:2007.\r\r\n\n\n\n\n “MTM adalah anak syarikat TNB pertama menyatukan ketiga-tiga sistem pengurusan ini ke dalam aspek operasi bagi memastikan bekalan elektrik berterusan melalui pembekalan alat ubah berkualiti, selain keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitar serta keselamatan warga kerja.\r“Pensijilan IMS ini akan dapat membantu MTM mengembangkan pasaran eksportnya sejajar pelan pengembangan syarikat induk TNB di pasaran serantau,” katanya pada majlis penerimaan pensijilan itu di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif TNB, Datuk Sri Che Khalib Mohamad Nor; Pengarah Urusan MTM, Mohamed Akhbar Muslim dan Pengarah Urusan SIRIM Qas International, Khalidah Mustafa. \rAbdul Rashid berkata, pensijilan itu dapat membantu mempercepatkan rundingan semasa MTM dalam meraih pasaran eksport baru khususnya ke China, Asia Barat dan Asean dalam tempoh terdekat.\r\n\n\n\n\rMTM adalah agensi teknikal TNB yang membekalkan lebih 50 peratus alat ubah tempatan.\rSementara itu, Mohamed Akhbar berkata MTM ketika ini mengeksport alat ubah ke Brunei, manakala menawarkan servis untuk Indonesia.\rBeliau berkata, MTM baru-baru ini mendapat laluan untuk mengeksport ke Arab Saudi berikutan kejayaannya meraih lesen penjualan dari kerajaan Negara Teluk itu.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|