CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

41 mayat penumpang kapal karam ditemui

[Copy link]
Post time 12-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
80 hilang, harapan selamat tipisMOSCOW: Mayat 41 penumpang kapal persiaran Russia yang karam di Sungai Volga ditemui semalam, manakala 80 yang lain masih hilang apabila kapal dua tingkat berusia lebih 50 tahun itu tenggelam ke dasar sungai.\rAnggota pasukan penyelam bertungkus lumus mencari mangsa dalam bangkai kapal itu yang karam berhampiran Kazan Ahad lalu ketika ribut.\r\n\n\n\n\rKapal dua tingkat itu karam tiga kilometer dari tebing paling dekat di empangan besar Kuibyshev di Sungai Volga, kira-kira 750 kilometer timur Moscow dan pada kedalaman 20 meter, kata kementerian kecemasan Tatarstan. \r\r\n\n\n\n\nLebih 80 mangsa berjaya diselamatkan, kebanyakannya ditemui bot yang melalui kawasan itu selepas lebih sejam berada dalam air, kata jurucakap Kementerian Situasi Kecemasan, Irina Andrianova, tetapi harapan untuk melihat mangsa selebihnya selamat amat tipis.\r“Menurut penyelam, peluang mencari mangsa yang masih bernyawa sangat tipis,” katanya.\rSeramai 60 penumpang adalah kanak-kanak, lapor media Russia dan mangsa yang selamat memberitahu kira-kira 30 kanak-kanak berada di sebuah bilik permainan berdekatan buritan kapal beberapa minit sebelum ia karam. \rAndrianova berkata 208 berada di dalam kapal tetapi kementerian wilayah cawangan Tatarsan kemudian berkata ada sejumlah penumpang yang tidak    berdaftar.\r\n\n\n\n\rPegawai rasmi berkata kapal itu tidak sepatutnya membawa lebih 120 orang.\rPegawai kanan kecemasan daerah Volga, Igor Panshin, berkata mayat turut kelihatan di restoran kapal berusia 56 tahun itu. \rBeliau berkata penumpang yang selamat memberitahu kapal itu karam dalam tempoh lapan minit.\rKapal yang dikenali sebagai Bulgaria, diperbuat pada penghujung 1950-an di Czechoslovakia dan dimiliki syarikat pelancongan tempatan. Ia dalam perjalanan ke ibu negeri wilayah itu, Kazan dan kemudian menuju ke pekan Bulgar. \rSungai Volga popular sebagai destinasi pelancongan terutama pada musim panas. Kebanyakan bandar besar Russia terletak dalam lembangan Sungai Volga.\rTangisan keluarga dan waris yang menunggu berita mengenai tragedi itu reda seketika setiap kali mangsa yang terselamat dibawa ke darat di pelabuhan di Kazan, ibu negeri Tatarstan, lewat kelmarin.\rSeorang wanita memberitahu stesen televisyen milik negeri Rossiya-24 beliau terlepas pegangan tangan anak perempuannya ketika mereka berusaha untuk menyelamatkan diri.\r“Tiada seorang   kanak-kanak berjaya keluar.Terlalu ramai kanak-kanak dalam bot itu,” katanya.\rPresiden Dmitry Medvedev mengarahkan siasatan dijalankan untuk menentukan punca insiden itu dan mencari siapa yang patut dipersalahkan. – Reuters/ AP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.070191 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list