View: 269|Reply: 0
|
Pasaran saham Asia terus susut
[Copy link]
|
|
PASARAN saham di Asia terus menyusut semalam susulan kebimbangan merebaknya krisis hutang zon euro yang menyebabkan pelabur berhati-hati daripada membeli aset berisiko, manakala harga minyak lebih rendah pula mendorong jualan dalam saham berkaitan komoditi.\rIndeks utama Indonesia susut 1.4 peratus selepas mencecah paras tertinggi Jumaat.\r\n\n\n\n\r Jakarta adalah pasaran paling cemerlang Asia tahun ini susulan perbelanjaan domestik kukuh menyokong tinjauan ekonominya sungguhpun di tengah-tengah ketidaktentuan global.\r\r\n\n\n\n\n Saham di Singapura, Thailand dan Vietnam susut lebih satu peratus manakala saham Malaysia dan Filipina mencatat kejatuhan kecil.\rPeserta pasaran menjangka bank pusat serantau akan mengetatkan dasar dalam menangani inflasi.\rBagaimanapun, bank pusat Indonesia mengekalkan kadar faedah pada 6.75 peratus Selasa.\rDi Bangkok, kebanyakan pelabur menjangka Bank of Thailand (BoT) akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus Rabu.\r\n\n\n\n\rDi Thailand, kebimbangan terhadap inflasi dan bajet defisit menjadi tumpuan sejak minggu lalu susulan dasar mesra pertumbuhan parti Puea Thai, yang akan menubuhkan kerajaan baru.\rIndeks di Thailand beralih daripada kenaikan mendadak yang direkodkan pada 4 Julai, sehari selepas pilihan raya umum yang dialu-alukan pelabur.\rBroker di Citi Investment Research berkata, sebahagian daripada dasar seperti pelaburan prasarana sesuai bagi sektor tertentu seperti bahan binaan, pembinaan, bank dan hartanah.\rPelabur asing menjual saham Thailand bernilai AS$98 juta Selasa lalu.\rMereka membeli hampir AS$500 juta dalam tiga sesi selepas keputusan pilihan raya minggu lalu tetapi aliran dana tidak menentu selepas itu.\rIndonesia pula mencatat aliran keluar dana bernilai AS$27 juta Selasa selepas tiga sesi aliran masuk dana, manakala Filipina menyaksikan aliran keluar dana bernilai AS$7.6 juta, demikian menurut data Thomson Reuters. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|