CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 3

UniFi TM diperluas ke seluruh negara

[Copy link]
Post time 14-7-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Liputan keseluruhan premis  kepada 1.1 juta berbanding 110,000 premis sekarang\rPEMBANGUNAN perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd (TM) atau UniFi berjalan lancar dan kini sedang diperluas secara berperingkat ke sembilan lagi kawasan baru menjelang akhir tahun ini daripada 69 kawasan di seluruh negara sekarang.\r\n\n\n\n\r  Dengan perluasan ke kawasan baru itu, ia akan menjadikan keseluruhan premis yang diliputi perkhidmatan UniFi TM itu kepada kira-kira 1.1 juta daripada 110,000 premis sekarang.\r\r\n\n\n\n\n  TM sebelum ini dilaporkan menyasar memenuhi sasaran liputan 1.3 juta premis menjelang akhir tahun depan menerusi fasa pertama projek HSBB yang membabitkan perbelanjaan keseluruhan RM11.3 bilion itu.\rNaib Presiden Jualan TM Bahagian Selangor, Datuk Zaini Maatan, berkata sejajar dengan perluasan capaian UniFi secara berperingkat ke seluruh negara, TM kini lebih agresif mengadakan rundingan dengan pemaju utama kawasan perbandaran, selain melaksanakan kempen pemasaran bagi mendidik pengguna dan menarik pelanggan baru.\r“Beberapa rundingan untuk mengembangkan perkhidmatan UniFi dilakukan yang  kami jangkakan dalam tempoh terdekat ini lima lagi kawasan perbandaran baru dapat dimuktamadkan,” katanya  pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian bagi pelaksanaan infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan HSBB antara TM dengan TTDI Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan Naza TTDI di Kuala Lumpur semalam.\rPada majlis itu, Zaini mewakili TM, manakala TTDI Land diwakili Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Kumpulan Naza TTDI, SM Faliq  SM Nasimuddin. \r\n\n\n\n\rIa disaksikan Pengurus Besar, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) TM, Mohamad Yusman Ammeran; dan Pengurus Besar, Perancangan dan Pembangunan Produk Naza TTDI, Zaidi Baharudin.\rLima kawasan baru yang akan menerima perkhidmatan UniFi dalam tempoh terdekat ini adalah di Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan perbandaran lain di sekitar Lembah Klang,  \rDaripada 69 kawasan yang  diliputi perkhidmatan menerusi inisiatif HSBB yang dilancarkan secara komersial pada Julai tahun lalu itu, 60 adalah di Lembah Klang, tiga di Pulau Pinang, satu di Kedah dan Negeri Sembilan, serta empat di Johor. \rTerdahulu, pada sidang media yang sama, Zaini berkata, menerusi perjanjian dengan Naza TTDI itu, TM akan menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada projek Bandar TTDI Alam Impian, sekali gus menjadikan bandar yang terletak di Seksyen 35 Shah Alam itu sebagai bandar UniFi pertama di Zon Tengah (kawasan perbandaran di Selangor dan Cyberjaya).\rProjek di kawasan yang memiliki 1,450 unit kediaman pelbagai jenis seperti banglo, rumah berkembar, rumah teres super, town house, apartmen dan unit komersial itu, dijangka disiapkan sepenuhnya menjelang 2016.\rUniFi yang ditawarkan di kawasan itu merangkumi tiga komponen iaitu internet berkelajuan tinggi, video (televisyen protokol internet atau IPTV) dan suara dengan kelajuan dari lima megabit sesaat (Mbps) hingga 20Mbps menerusi penggunaan teknologi infrastruktur rangkaian gentian ke rumah (FTTH).\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2011 04:38 PM | Show all posts
bile le nk smpai kat tmpat aku.. hanye ade streamyx ngan celcom berokband je.... sadis betol...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:28 PM | Show all posts
lambatlah nk sampai ...bandar besar ajelah

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 09:33 PM | Show all posts
elok la tu.. ni skrg ni byk complain unifi teruk sbb mase memula dulu gov x bg buat survey dulu terus install tu yg jd masalah. dulu stremex gov bg duit buat survey tu yg takde masalah cam unifi. gov x duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.046993 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list