View: 123|Reply: 0
|
Joe Cole pukau peminat remaja
[Copy link]
|
|
400 penyokong The Reds banjiri Courts Setapak bertemu bintang LiverpoolFENOMENA jelajah EPL Asia 2011 nyata memberi kesan mendalam kepada seorang peminat remaja kelab Liga Inggeris Liverpool, Joel Jevan Raj, 15, apabila sanggup hadir seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan autograf pemain kegemarannya, Joe Cole di cawangan Courts Setapak, semalam.\n\n\n\n Pelajar tingkatan tiga itu yang ditemani ibu dan sepupunya turut teruja untuk melihat pemain tengah The Reds itu secara dekat, selain mengabadikan autograf Joe Cole di sehelai baju kegemarannya.\n\n\n\n\n “Saya akan menyaksikan perlawanan petang esok (petang ini) untuk melihat aksi Liverpool terutama Joe Cole yang mula saya minati sejak Tahun 4 lagi. Saya sangat gembira kerana berpeluang bertemu dengannya secara dekat.“Dia sempat berkata kepada saya yang dia sangat berbangga untuk bertemu dengan saya dan saya membalasnya dengan mengucapkan terima kasih. Itu saya tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila,” katanya yang akan mengabadikan baju itu dalam bingkai kaca sebagai kenang-kenangan.Begitupun, remaja yang menetap di Gombak itu turut menyimpan hasrat untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya menampilkan corak permainan lebih garang ketika bertemu skuad di bawah pengurusan Kenny Dalglish itu.“Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya inginkan Malaysia menang tetapi saya juga mahu melihat pasukan kegemaran saya (Liverpool) menjaringkan gol. Kalau boleh seri pun sudah memadai,” katanya. \n\n\n\nKira-kira 400 peminat The Reds membanjiri cawangan Courts Setapak untuk bertemu Joe Cole yang hadir sempena pelancaran Jelajah Asia Liverpool 2011 tajaan Courts dan perasmian pembukaan cawangan utama baru Courts Setapak itu. Selain di cawangan Setapak, David Ngog juga meluangkan masa bersama peminat di Courts cawangan Cheras, semalam.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|