|
Liverpool pamer aksi menghiburkan benam skuad melawan Harimau MalayaKELALAIAN terus menjadi duri dalam daging buat Harimau Malaya yang mempamerkan aksi menarik untuk memaksa Liverpool bekerja keras sebelum kelab Liga Perdana Inggeris itu menang 6-3 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.\n\n\n\n Percaturan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal mengembalikan gandingan pertahanan Piala AFF Suzuki - Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas dan Asrarudin Putra Omar - ternyata berkesan memastikan gawang negara tidak dibolosi sepanjang 25 minit pertama sebelum pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed memberikan sepakan penalti kontroversi yang disempurnakan Charlie Adam.\n\n\n\n\n “Saya akui keputusan begini sering terjadi dan sedikit meruntuhkan semangat pemain, tetapi kita perlu kembali fokus dan itu yang ditunjukkan pemain,” kata Rajagobal pada sidang akhbar sejurus perlawanan.“Selepas dua perlawanan ini, saya mendapat gambaran lebih jelas untuk menurunkan kombinasi terbaik bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Singapura nanti.”Skuad kebangsaan yang seketika kecewa dengan jaringan The Reds, bingkas mencari gol penyamaan dan kelebihan Liverpool itu terpadam apabila kapten Safiq Rahim bijak melencong bola dari titik sepakan percuma untuk gol penyamaan tiga minit sebelum rehat.Pada babak kedua, Rajagobal melakukan beberapa pertukaran untuk menguji pemain tetapi sekadar menyaksikan permainan cantik babak pertama dicemari dua gol David Ngog (m-67, 70) dan satu dari Maxi Rodriguez (m-75) yang mudah menewaskan penjaga gol gantian, Khairul Fahmi Che Mat.\n\n\n\nNamun kemasukan Safee Sali menyaksikan penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki itu menggembirakan penyokong tempatan apabila meledak gol kedua pada minit ke-79 apabila menyambar bola muntah hantaran lintang Amirulhadi Zainal yang gagal ditangkap kemas penjaga gol gantian, Martin Hansen.Safee yang terlepas aksi ketika kekalahan 0-4 kepada Arsenal, sekali lagi menggegar hasil lorongan cantik Rizal Fahmi untuk menjadikan kedudukan 3-4 tetapi kelalaian benteng negara, membolehkan Rodriguez meledak gol kelima dan Dirk Kuyt melengkapkan kemenangan Liverpool.Pembantu jurulatih Liverpool, Steve Clarke memuji persembahan pemain kebangsaan terutama Safiq dan Safee.“Malaysia memaksa kami bekerja keras hari ini (semalam) dan jika corak permainan begitu dikekalkan, saya pasti peluang Malaysia pada kelayakan Piala Dunia nanti cerah. Bagi Liverpool pula, siri jelajah kali ini memberi kami gambaran untuk memperbaiki beberapa kelemahan sebelum musim Liga Perdana Inggeris bermula.”
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
PUASHATI AKU TGK M'SIA LAWAN LIVERPOOL ARI TU.... W/PUN KALAH... |
|
|
|
|
|
|
| |
|