CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

SK Bandar Tun Razak (1) hantar penyertaan terbanyak

[Copy link]
Post time 19-7-2011 12:05 PM | Show all posts |Read mode
SK Bandar Tun Razak (1) hantar penyertaan terbanyakOleh Khairunnisa [email protected]/07/19\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPEMENANG Peraduan Lukis dan Menang menghias bahagian depan kotak susu Dutch Lady School menerima kejutan di sekolah masing-masing apabila dikunjungi wakil Jabatan Pengedaran NSTP untuk menyampaikan hadiah.\rMurid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Mewah, Johor Bahru, Johor, Nur Alia Ali dipilih memenangi hadiah utama pakej percutian bernilai RM5,000 ke Universal Studio, Singapura.\r\n\n\n\n\r  Pemenang kedua, Chang Zhun Lyn, murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Kuala Lumpur yang melayakkannya mendapat Apple iPad Wifi, berkata dia menyangka mendapat hadiah itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya terkejut dan berterima kasih kepada kakak yang banyak memberi tunjuk ajar dan idea untuk melukis dan mereka kotak ini,” katanya.\rHadiah disampaikan Pengurus Jualan Korporat Jabatan Pengedaran NSTP, Liza Ahmad dan  Eksekutif Korporat Jualan, Jabatan Pengedaran NSTP, Nur Asyikin Norrashid disaksikan Guru Besar, Tong Oi Kuan.\rSelain itu, kategori penyertaan terbanyak pula ialah SK Bandar Tun Razak 1 bagi wilayah Tengah; SK Laksana mewakili zon selatan, SK Putra, wilayah Utara dan SK Kubang Kerian 3, kawasan Pantai Timur.  Masing-masing menerima RM1,000 setiap satu.\rGuru Besar SK Bandar Tun Razak 1, Zakinah Ismail, berkata pemberian itu akan digunakan untuk membeli hadiah dan diberikan kepada semua peserta sebagai penghargaan daripada pihak sekolah.\r\n\n\n\n\r“Saya bangga kerana sekolah terpilih memenangi kategori penyertaan terbanyak dan memberi peluang murid menunjukkan bakat seni mereka,” katanya.   \rPeraduan berlangsung 4 April hingga 9 Mei lalu, disertai 3, 012 penyertaan.  Dua murid yang menerima hadiah sagu hati iaitu kamera digital Canon adalah murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lee Rubber, Gombak, Tan Dick Kian dan Noor Athirah Muhammad Azmi dari SK Raban, Lenggong, Perak.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.035941 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list