View: 123|Reply: 0
|
‘Rebut’ buku harga potongan
[Copy link]
|
|
PEMBACA yang membeli judul pilihan di rangkaian Popular Book Co (M) Sdn Bhd (Popular) di semua 64 cawangan ini diberi potongan harga 10 peratus sekiranya harga buku melebihi RM10 senaskhah sempena promosi Ramadan@Popular \ryang berlangsung sehingga 14 Ogos ini.\rPenolong Kanan Bahagian Perdagangan Bahasa Inggeris, Jabatan Bahasa Malaysia Popular, Azrina Azmi berkata, bersempena kempen terbabit juga, Popular akan menyalurkan 10 peratus hasil jualan sepanjang kempen terbabit kepada \rbeberapa rumah kebajikan.\r\r\n\n\n\n\n“Kategori buku yang mendapat potongan harga pada promosi ini ialah buku agama, motivasi dan masakan dengan lebih 100 judul boleh dijadikan pilihan. Pembeli yang membeli RM50 ke atas akan menerima senaskhah Surah Yassin dan Tahlil sesuai dengan semangat Ramadan.\r“Sesuai dengan Ramadan yang akan menjelang Popular sengaja mengatur promosi Ramadan@Popular bagi menggalakkan mereka meluangkan lebih banyak masa membaca buku agama dan motivasi agar masa senggang diisi dengan perkara berguna, selain buku masakan sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Puasa,” katanya ketika dihubungi Sastera.\rSelain itu, pembeli buku sepanjang promosi Ramadan@Popular juga berpeluang menyertai program khas, Wakaf al-Quran iaitu pembaca boleh membuat pembelian al-Quran dan terjemahan yang kemudian diwakafkan kepada badan kebajikan pilihan mereka.\rBeliau berkata, salah satu objektif Ramadan@Popular adalah untuk menggalakkan tren membaca dikalangan masyarakat berbangsa Melayu dan beragama Islam khususnya pada Ramadan agar ‘bermesra’ dengan lebih banyak membaca buku ilmiah.\r\n\n\n\n\r“Secara tidak langsung, program Popular ini juga dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap rangkaian kedai buku syarikat kami yang dulunya sering dikaitkan dengan bahan bacaan bertulisan Cina, tetapi sebenarnya kini kami turut menyediakan untuk semua kelompok bangsa,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|