|
Anelka, Cole, Aarnholt, Sturridge kongsi pengalaman\rKEHADIRAN Chelsea ke ibu negara menentang pasukan pilihan kebangsaan bukan sekadar melebarkan jaringan memukau peminat atau mengaut keuntungan daripada penaja dan penganjur, tetapi pada masa sama memberi sumbangan kepada pembangunan bola sepak tempatan.\r\n\n\n\n\r Siri Jelajah Asia Chelsea yang bertemakan “Here to play, here to stay” (Ke sini untuk bermain, terus kekal di sini) bakal memberi manfaat kepada pembangunan bola sepak negara apabila dari masa ke masa jurulatih dari kelab berkenaan akan membantu melatih pemain muda terpilih.\r\r\n\n\n\n\n Bertempat di Pusat Sukan NPNG, Damansara Damai, gelanggang futsal biru menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa apabila empat pemain Chelsea – Nicolas Anelka, Ashley Cole, Patrick van Aarnholt dan Daniel Sturridge meluangkan masa melatih sekumpulan kanak-kanak asas bola sepak.\r“Ini peluang untuk kami berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan kanak-kanak ini,” kata bek kiri Chelsea, Cole yang menjaringkan gol kedua kelab berkenaan ketika menewaskan pasukan kebangsaan 2-0 pada 2008.\r“Ketika saya seusia mereka, saya masih ingat betapa peluang berjumpa pemain pujaan menjadi pendorong kuat untuk saya meneruskan karier dalam bola sepak, dan hari ini saya gembira dapat memberi peluang itu kepada kanak-kanak di Malaysia.”\rMengenai perlawanan menentang Pilihan Malaysia, Ashley mengakui tidak banyak yang dia tahu mengenai lawan, tetapi berharap dapat mengulangi aksi cemerlang tiga tahun dulu.\r\n\n\n\n\r“Berdasarkan pengalaman di sini tiga tahun lalu, saya yakin pasukan kali ini juga sehebat dulu,” kata Cole. “Saya jangkakan perlawanan sengit walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan.\r“Namun ia pengalaman baik buat saya dan rakan sepasukan sebelum memulakan musim baru Liga Perdana Inggeris bulan depan, terutama di bawah kendalian jurulatih baru, Andres Villas-Boas.”
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|