View: 101|Reply: 0
|
Psikologi bukan faktor muktamad tukar jantina
[Copy link]
|
|
MASYARAKAT khususnya umat Islam perlu melihat isu pertukaran jantina melalui pembedahan dengan merujuk hukum diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu haram dari segi hukum syarak. Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, berkata fatwa pertukaran jantina dibuat Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 1982.\rKeputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Ke-4 pada 1982 memutuskan haram pertukaran jantina lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan. Seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun berjaya menukar jantina melalui pembedahan begitu juga wanita. Namun, khunsa musykil yang mempunyai alat kemaluan lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan bagi mengekalkan alat jantina yang benar-benar berfungsi dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.\r\n\n\n\n\r “Hukum ini jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi,” katanya sambil menambah perkara membabitkan hukum syarak tidak boleh dipertikaikan, apatah lagi jika didorong rasa simpati kerana umat Islam perlu meletakkan agama mengatasi segala-galanya. Isu pertukaran jantina kembali hangat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu baru-baru ini menolak permohonan Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, menukar nama kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz dalam MyKad dan sijil kelahiran selepas pembedahan menukar jantina dua tahun lalu. Permohonan ditolak selepas mengambil kromosom, kewujudan alat kelamin ketika dilahirkan dan organ dalaman.\r\r\n\n\n\n\n Sheikh Ghazali berkata, mereka yang prihatin dengan isu itu sepatutnya menilai keadaan melanda golongan menukar jantina dari kaca mata agama dan budaya di negara ini dengan pandangan terbuka. Beliau berkata, kesilapan dilakukan pihak berkenaan patut dijadikan pengajaran bukan sebab untuk dicemuh dan bagi yang bersimpati, sepatutnya mengambil inisiatif membawa kembali golongan berkenaan kepada keadaan asal.\r“Silap masyarakat kita suka mencemuh. Sepatutnya kita tarik mereka kepada asal kejadian. Itu kesilapan yang mereka lakukan tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menjalani kehidupan mengikut jantina asal,” katanya.\rTimbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, berkata implikasi isu penukaran jantina pada kad identiti memberi kesan besar bukan saja kepada individu tetapi juga masyarakat. Katanya, tujuan undang-undang ialah memastikan kehidupan lebih teratur serta memelihara kesejahteraan kehidupan semua lapisan termasuk dalam hubungan antara individu, keluarga dan masyarakat.\r“Penukaran nama pada kad identiti hanya isu sampingan kerana masalah utama yang perlu diberi perhatian ialah implikasi dari aspek perundangan yang jauh lebih besar. Isu ini tidak boleh selesai atas dasar memohon simpati atau restu ibu bapa saja,” katanya.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, melihat kepada kesan makro, mahkamah sivil di Malaysia dan Barat masih berpegang kepada empat kriteria menentukan jantina dan ada kes menambah faktor hormon. Berdasarkan analisis kes dari 1819, semua yang didengar di mahka-mah sivil menunjukkan empat kriteria utama penentuan jantina iaitu kromosom, gonadal (wujud atau tida testis atau ovari), genital (termasuk organ seks dalaman) dan psikologikal. Kriteria itu sudah berkembang sejak kurun ke-19 sebagai panduan doktor menyelaras pengetahuan dalam bidang berkenaan dan pendekatan sistematik kepada masalah kelainan seksual secara fizikal atau psikologikal.\rProf Zaleha berkata, aspek psikologi turut dibincangkan pakar untuk membantu mahkamah seperti pandangan Dr Randell dalam kes Corbett v Corbett menunjukkan faktor psikologi tidak mengambil keutamaan jika kromosom, gonadal dan alat jantina dalam kategori yang sama.\rContoh, individu itu walaupun secara psikologi wanita, tetapi kromosomnya lelaki, organ seks dan gonadnya lelaki, maka dianggap sebagai lelaki walaupun mengambil hormon untuk menonjolkan ciri kewanitaan.\r“Aspek psikologi tidak boleh dijadikan satu-satunya faktor penentuan jantina. Secara luaran dia boleh berlagak seperti wanita tetapi jika masyarakat menerimanya sebagai wanita, ia tidak akan menyelesaikan masalah kerana timbul banyak isu perundangan,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|