CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Brazil, Argentina belum sampai kemuncak prestasi

[Copy link]
Post time 26-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BUENOS AIRES: Perkara paling baik boleh diperkatakan oleh peminat mengenai Argentina dan Brazil selepas kejohanan Copa America kali ini berakhir dengan Uruguay membelasah Paraguay 3-0 pada final ialah bahawa kedua-dua gergasi bola sepak Amerika Selatan itu masih di peringkat membina pasukan.\rSedikit lagi pelarasan serta memperkemaskan beberapa aspek yang masih belum sempurna bakal menyaksikan kewujudan pasukan yang mantap untuk dipertontonkan pada Piala Dunia 2014, menepati reputasi sebenar kedua-dua negara tatkala Uruguay mencipta rekod memenangi kejuaraan Copa buat kali ke-15.\r\n\n\n\n\r    Hidup tidak semudah dijangka dan jurulatih Brazil yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014, Mano Menezes, pasti lebih arif mengenainya selepas kejohanan yang menyaksikan gergasi bola sepak dunia itu dilihat kerdil selepas Venezuela, satu-satunya pasukan dari benua itu yang tidak pernah layak ke Piala Dunia, mara ke separuh akhir kejohanan Copa buat kali pertama.\r\r\n\n\n\n\n   “Saya rasa kami berada di landasan yang betul. Saya sudah menyatakan bahawa matlamat utama ialah supaya kami kompetitif untuk Piala Dunia 2014,” tegas Menezes, yang boleh menjangkakan untuk kekal selaku jurulatih Brazil bagi tempoh tiga tahun lagi – berbanding kedudukan rakan sejawatnya dalam skuad Argentina, Sergio Batista yang mungkin tidak boleh bertahan selama itu. \rBatista semalam mendapat undi percaya terhadapnya daripada persatuan bola sepak negaranya susulan spekulasi dia akan dipecat selepas pasukannya tersingkir di peringkat suku akhir Copa kepada Uruguay pada penentuan penalti.\rKritikan utama ditujukan terhadap Batista ialah dia tidak pasti dengan senarai barisan terbaiknya. Dia menolak kritikan itu.\r“Saya yakin dengan idea bola sepak saya. Saya sentiasa berkata bahawa segala-galanya mengenai Copa adalah sebagai persiapan untuk Piala Dunia 2014. Saya benar-benar berusaha untuk memastikannya terus berjalan.” – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.047029 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list