CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Unedited juara Battle of the Band NSTP

[Copy link]
Post time 26-7-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
KESIBUKAN dengan tugas hakiki sebahagian kakitangan News Straits Times Press (M) (NSTP) tidak menghalang mereka menyerlahkan bakat dalam bidang muzik. \rPertandingan Battle Of The Bands yang dianjurkan bersama oleh tiga unit hiburan dalam akhbar kumpulan NSTP, Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times dengan sokongan Kelab Sukan & Kebajikan NSTP membuktikan bakat daripada kalangan kakitangan syarikat akhbar terkemuka ini memang tidak dipersoalkan.\r\n\n\n\n \rEnam band menyertai Battle Of The Bands yang membabitkan kakitangan daripada pelbagai jabatan dalam NSTP. Kumpulan itu ialah Imaginus, The Unedited, Hentam Kromok, Batu Api, Ramona Flower dan Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang.\r\r\n\n\n\n\nBermula kira-kira jam jam 9 malam, warga NSTP mula memasuki dewan Public Space di Balai Berita, Kuala Lumpur untuk menyaksikan dan seterusnya memberi sokongan kepada kawan-kawan yang bertanding. Dalam cahaya lampu yang suram, dewan mula hangat dengan pelbagai aksi dan gelagat daripada setiap kumpulan. \rJerit dan sorak daripada penyokong menghangatkan lagi suasana. Masing-masing mencari posisi yang terbaik untuk tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan band pilihan mereka membuat persembahan.\rTidak ketinggalan pencetus idea penganjuran NSTP Battle Of The Bands, Pengarah Eksekutif Bahagian Berita Media Prima, Datuk Ahmad Talib; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustafa Omar turut memberikan sokongan pada acara yang julung kali diadakan itu.\rSebelum acara bermula, penonton dihiburkan dengan celoteh penyampai radio Fly FM, Hafiz yang bertindak sebagai pengacara majlis.\r\n\n\n\n\rPembuka acara, band Batu Api mengambil alih pentas dengan menyajikan dua lagu pilihan mereka menerusi lagu Larut daripada band Indonesia, Dewa 19. Mereka turut memilih lagu I Want to Break Free daripada Queen.\rKehangatan kian terasa apabila band kedua, Imaginus mengambil alih menerusi lagu Hotel California nyanyian asal Eagles dan lahu Parisienne Walkways yang dipopularkan oleh Gary Moore. \rIa diteruskan dengan band Hentam Kromok yang menyanyikan lagu daripada Led Zeppelin.\rBand seterusnya yang memiliki vokalis wanita, Barang Yang Lepas Jangan Dikenang menghangatkan lagi dewan dengan lagu daripada Ratu Rock negara, Ella iaitu Dua Insan Bercinta dan lagu daripada kumpulan May, Sinar.\rRamona Flower memilih lagu Smells Like Teen Spirit daripada Nirvana dan band terakhir The Unedited mengajak penonton menari menerusi lagi Basanova dan Sweet Child O\' Mine daripada Guns N\' Roses.\rPertandingan yang mempertaruhkan wang tunai RM2,000 akhirnya dinobatkan kepada band The Unedited, manakala tempat kedua dimenangi Ramona Flower yang membawa pulang wang tunai RM1,000. Tempat ketiga diberikan kepada band Batu Api dengan hadiah wang tunai RM700. Pertandingan ini juga memberi pengiktirafan kepada pemain vokalis, gitar dan drum terbaik yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM500 setiap seorang. Juri pertandingan dipertanggungjawabkan kepada pemain gitar kumpulan Metalasia, King Shah dan Pengurus Besar Akademi Industri Muzik (AIM) Jennifer Thompson.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.157904 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list