CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Berkahwin sempurnakan iman

[Copy link]
Post time 27-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KATA-KATA Umar Al-Khatab, menunda perkahwinan bermakna menangguhkan banyak manfaat  dinikmati  manusia. Oleh itu, jangan takut bernikah kerana dengan izin Allah, ia tidak sulit seperti  dibayangkan.\rNabi Muhammad pernah melarang keinginan sahabat yang tidak mahu mendirikan rumah tangga walaupun mereka memberi alasan mahu memberi lebih tumpuan beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah.\r\n\n\n\n\r  Inilah bukti betapa Nabi Muhammad tidak menyukai mereka yang memilih untuk tidak berkahwin walaupun mampu melakukannya dan Baginda tidak mengakui mereka sebagai umatnya. Malah, mereka berdepan dugaan berat  mengawal  nafsu.\r\r\n\n\n\n\n  Buku Apabila Hati Rindu Menikah membincangkan isu pernikahan dari pelbagai sudut yang pastinya dimulakan dengan indahnya perkahwinan iaitu penghargaan tinggi daripada Allah sebagai cara  menyempurnakan iman.\rIni kerana melalui ikatan perkahwinan manusia mengecap nikmat  yang membawa kedamaian, menjauhkan  maksiat, menghilangkan keresahan hati serta dapat meningkatkan nilai ibadat di sisi Allah.\rBegitu juga dengan mereka yang takut serta ragu  untuk menikah, turut diketengahkan akibatnya antaranya mereka akan hilang kemuliaan, dibenci Allah dan Rasul-Nya, menjadi miskin serta mati dalam keadaan hina.\rTurut disediakan, cara mengatasinya iaitu meluruskan niat,  menambah ilmu berumahtangga, tingkatkan usaha mencari jodoh, rajin berdoa, solat istikharah serta bersabar. \r\n\n\n\n\rSesiapa yang berniat mahu mendirikan rumah tangga perlu meluruskan niat terlebih dulu supaya dipermudahkan dan mendapat pertolongan Allah.\rBagaimana pula menjawab soalan, saya sudah lama berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi mengapa masih belum dapat jodoh? Walaupun kita berjalan atas suratan takdir yang  ditentukan Allah, ini tidak bermakna manusia tidak boleh berikhtiar menghadapi ketentuan itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.150480 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list